Khamis, 29 Oktober 2009
Siapa Aku? - bahagian 16
Siapa Aku? - bahagian 15
Siapa Aku? - bahagian 14
Selama 2 hari kami berkampung di Ipoh. Selepas itu,kami bergerak pula ke Kulim,Kedah.Di sana kami menetap di Hotel Seri Malaysia.Sama juga 2 hari di situ kami bergerak ke Perlis pula.Haa...nak cerita sikit semasa di Perlis ni merasa la aku pergi makan ikan keli bakar yang terkenal di sana.Perghhh...!!!Memang sedap giler makan kat situ. Lagi sedap makanan tu bila bos kami iaitu Encik Ismail yang belanja.hahaha....
Kebetulan sehari sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur, salah seorang dari ahli co-group kami berasal dari situ langsung mengajak kami semua makan tengahari di rumah ibunya.Lost memory la..tak ingat nama kampung tu.Tapi memang best kira kawasan kampung nelayan la.Kami dilayan bagai kerabat di raja.Hidangan makanan pula toksah kata la sedapnya.Maklumlah ikan fresh kan..hehe...Aku masa tu tengah mengandung memang kuat makan,apa lagi bertamboh-tamboh makannya.Dengan stok muka tak malu aku selamba je makan.Bukan senang nak dapat makan macam tu lagi kan? Betul tak? Prinsip aku senang je.Rezeki jangan di tolak.Musuh jangan di cari.hehehe...
Kami bergerak balik ke Kuala Lumpur pada petang tu juga.Kira-kira dalam tengah malam juga sampainya kami ke KL.Ikut perancangan,seminggu lepas tu kami akan ke Penang pula.Sepatutnya dari Perlis terus je ke Penang,tapi ada masalah teknikal sikit kami kena pulang ke KL dahulu. Banyak pengalaman aku dapat bila ke sana.Tapi tulah namanya pun pergi atas urusan kerjakan,so tak bawa la kamera.Ruginya la kan?
Balik dari outstation tu la aku cerita aku dapat surat pertukaran ke Kuantan.Berat rasa hati aku nak tukar ke sana.Aku diberi masa selama dua minggu untuk membuat persiapan pertukaran.
Bila tak dapat minta tapi bila dah dapat tak mahu pergi la pula...Aku serba salah masa tu.Yang paling risau aku nak pindah adalah bos aku iaitu Encik Kamarul Azam.Sebab masa tu aku sorang je TA di situ dan sorang je yang buat kerja-kerja di CDS tu.Siti dia baru lagi kalau aku nak serah tugas pada dia pun.Apa boleh buat surat dah pun keluarkan.
Aku dapat panggilan daripada Encik Mazlan iaitu pegawai yang bertanggungjawab menukarkan aku ke Kuantan.Dia mahu berjumpa dengan aku personally.Aku pergi berjumpa dengan dia dan terkejut juga bila aku di soal siasat. Soalnya adakah aku dah benar-benar bersedia untuk bertukar ke Kuantan? Aku minta pandangan Encik Mazlan untuk menangguhkan pertukaran aku ke sana atas sebab-sebab banyak tugas aku yang belum selesai.Tempoh yang aku ada terlalu singkat untuk aku menyelesaikan kesemuanya serentak.
Jawapan yang aku terima dari Encik Mazlan amat mengecewakan aku.Katanya kalau aku minta tangguh nanti aku akan rugi seniority aku dalam perkhidmatan.Sebabnya setiap pegawai yang bertukar, secara automatik akan jadi seperti pegawai yang baru melaporkan diri walaupun di tempat lama aku sudah berkhidmat lebih 4 tahun.Lemah tubuh aku rasa tatkala itu.
Ada beberapa nasihat dan amanat yang Encik Mazlan beri yang samapai kini masih tersemat dalam hati aku.Aku pernah berjanji dengannya yang aku akan cuba berikan komitmen yang terbaik semasa aku berkhidmat di Jupem Kuantan nanti.Tidak ada perkataan 'tidak' untuk aku menolak sebarang pekerjaan yang bakal diberikan pada aku nanti.Aku harus terima dan berusaha menerima walaupun kerja itu sukar dan di luar kemahiran aku.
Alhamdulillah segala amanat dan nasihat yang diberikan oleh Encik Mazlan aku dapat laksanakan dengan baik hingga sekarang.Terima kasih Encik Mazlan..hehe...jasamu ku kenang...
Rabu, 29 Julai 2009
Siapa Aku? - bahagian 13
Tanggal 30 Januari 2005 aku tamatkan zaman bujang aku bersama jejaka pilihan keluarga aku iaitu Jejaka Pahang. Alhamdulillah, kehidupan aku dan suami semakin bahagia bila aku di dapati mengandungkan anak sulung kami.
Ada cerita disebalik aku mengandung nie...Masa aku mengandungkan anak yang sulung aku kena demam panas.Kemudian aku mengalami sakit pinggang yang teramat sangat. Waktu tu suami aku kerja kilang di Gebeng, Pelabuhan Kuantan. Terpaksa dia ambil cuti selama seminggu menjaga aku.
Sakit yang aku alami waktu tu agak kritikal.Hingga ke tahap aku langsung tak boleh duduk mahupun berdiri akibat rasa sakit yang teramat sangat di bahagian pinggang. Dua kali aku berjumpa dengan doktor,dan doktor sahkan aku mempunyai simptom masalah buah pinggang atas ujian air kencing yang aku alami.Dalam masa yang sama juga aku mengalami masalah pembuangan air kecil. Kata doktor kemungkinan juga aku menghidap fibroid.Iaitu satu ketumbuhan pada rahim yang biasa di alami oleh kaum wanita.
Saat paling menyedihkan bila aku terpaksa memakai pampers dewasa yang dikhaskan untuk orang-orang tua.Suami aku lah yang menjaganya.Aku tak lalu makan,tak boleh tidur,duduk dan baring.Allah sahaja yang tahu rasa sakitnya yang aku alami waktu itu.Kata mak biarlah aku cuba berubat kampung dahulu. Sudah memang rezeki aku,atas bantuan seorang kawan..aku dikenalkan dengan seorang ustaz dari Kemaman bernama Ustaz Suhaimi.Dia seorang pengamal perubatan secara Islam. Menurut kata ustaz,terdapat gangguan sihir pada aku.Ada Hamba Allah yang tak puas hati dan dengki dengan aku yang menghantarnya.
Aku terdiam tak terkata.Nak percaya masalahnya benda-benda tu semua wujud dan tertulis dalam Al-Quran.Alhamdulillah dengan kuasa Allah,aku semakin pulih dari sehari ke sehari.Bukan dengan ustaz sahaja yang aku berubat,aku juga pergi berubat dengan seorang kenalan mak aku yang lebih dikenali sebagai Datuk. Datuk kata nasib baik aku tak pergi ke hospital jika tidak pihak hospital akan mengambil air tulang belakang atas sebab masalah buah pinggang.Datuk ni dulu seorang doktor pakar.Beliau berhenti kerja sebab beliau ada alternatif cara lain dalam bidang perubatan ini.So,far kebanyakkan ubat-ubatan Datuk ini dia buat sendiri yang tak ada campuran dadah dan bahan kimia.
Aku ambil beberapa jenis ubat dengan Datuk.Alhamdulillah dengan kuasa Allah,dalam masa 3 hari aku sudah semakin pulih dan mampu duduk,makan dan bersembang bersama ahli keluarga lain tanpa rasa sakit langsung.Aku berkali-kali bersyukur pada Allah kerana memberi aku peluang lagi untuk meneruskan hidup.Aku seolah-olah rasa seperti mati hidup semula masa tu..
Tiga bulan lepas kejadian yang menimpa aku malang tak berbau bila aku mengalami sedikit kemalangan.Salah orang yang langgar aku la.Masa tu aku dalam perjalanan nak ke tempat kerja.Aku suka keluar awal pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.Tempat yang biasa aku lalui adalah Datuk Keramat. Di kawasan itu biasanya pagi-pagi jalan ditukar kepada sehala.Adalah sorang pakcik ni mengantuk gamaknya,keluar simpang dari jalan seberang sebelah kanan tiba-tiba terus nak ke lorong kiri.Aku masa tu tengah laju tak dan nak brek apa lagi BANGGGGG!!!!! Aku jatuh tergolek la cam nangka busuk..Jauh juga aku jatuh...Blur aku kejap...kepala terhantuk atas jalan.Mujur helmet aku ikat kemas...kalau tidak....Nauzubillah....
Lambat baru aku dapat bangun.Kebetulan kat situ ada seorang nurse tengah tunggu bas bergegas membantu aku.Berat kepala tak boleh angkat..Separuh sedar la keadaan aku masa tu.Aku sedar-sedar terus aku tanyakan pakcik yang langgar aku tadi sebab aku risaukan anak yang dia bawa.Mujur tak apa-apa.Aku teruk sikit kena.Kaki aku terseliuh dan bengkak di buku lali..Baju aku koyak dan luka sikit di siku serta lengan..lutut darah...tapi aku maintain leh senyum lagi.Nak cover malu lagi sebab masa tu penuh orang kat situ...hehehe...Nurse tu bawa aku ke hospital bahagian kecemasan.
Sempat la aku tepon mak aku bagitau dan aku tepon kawan aku Hasni mintak tolong ambil motor aku.Dapat aku mc 2 hari masa tu.Aku dekat pejabat dikenali sebagai minah rempit.
heheh..Takat jatuh sikit gitu no hal la pada aku.Tapi mujur umur aku masih panjang lagi..
hahha...Yang tak bestnya bila aku sampai pejabat aku dapat surat untuk hadiri kursus BTN di Ulu Sepri ,Negeri Sembilan..Aduyai...kaki berdengkot lagi nih..nak extend rugi la beb..bukan senang nak dapat peluang pergi kursus tu.
Dengan keadaan aku yang tak seberapa sihat tu aku pergi juga kursus tu.Aku daftarkan diri dengan keadaan kaki aku yang berbalut baik punya dengan bandage.Terkejut juga urusetia tu tapi dia kata tak pek semangat aku yang pentingnya.Tapi hampeh sebab apa?Aku ditempatkan di Asrama A.Punyalah jauh.Udah ler kaki teman berbungkus..dibiornye teman duduk nun jauh di atas bukit tu...Katanya exercise kasi cepat baik kaki aku tu..hehe..aku mengiyakan je.Tapi dalam hati maunya aku bagi penyepak ke urusetia tu.hahahha...
Alhamdulillah kursus selama 2 minggu tu aku dapat tamatkan dengan jayanya.Tapi,tak berapa best sebab aku tak dapat nak join sangat aktiviti dia orang tu. Maklumlah jadi orang tak berapa sempurna ni kan? hahaha...
Balik dari kursus BTN,aku ditawarkan oleh Mr Looi Kam Seng untuk menyertai Co-group ibu pejabat untuk projek SPDK Upgrade bagi Module R&R. Katanya di nak beri peluang untuk aku menjelajah satu malaysia.Asyik terperap sahaja di pejabat penat jugakan?hehehe....Aku fikir inilah peluang aku yang terbaik.Aku terima tawaran selepas aku mohon keizinan suami aku terlebih dahulu.
Semasa aku dalam persediaan untuk jelajah ke Utara, waktu cuti sabtu tu merasa la aku duduk
di rumah.Biasanya payah aku dapat lepak kat umah.Maklum lah ,sibuk dengan show sana sini.Biasa time aku dapat rehat di rumah memang aku akan mengemas.Lepas aku mengemas,aku menelek diri aku di cermin.Dah lama tak buat keje gitu.Masa tu aku dapat rasa perubahan dalam diri aku.Aku tengok tubuh aku agak gempal dan perut aku semakin membuncit.Tiba-tiba perut aku rasa macam ada benda bergerak dan berguling jatuh.Terkejut tak terhingga aku.Aku terfikir takkan cacing kot..hehe...Lepas tu aku telefon ustaz yang pernah berubat aku dulu,aku tanyakan manalah tahukan kot-kot ada lagi yang nak menyihir aku.hehe..sebab aku rasa risau bila tengok keadaan perut aku begitu.
Ustaz tanya aku tak pergi check doktor ke?Aku katakan belum.Lagipun aku baru rasa pagi tu.Tiba-tiba dengan selamba ustaz tanya dah berapa lama aku tak datang haid.Eh! Pelik tul soalan ustaz ni? Aku hanya jawab dah lama sebab aku baru teringat yang aku memang dah lama tak datang period sebab aku terlalu sibuk dengan urusan di pejabat.
Ustaz beritahu kata dia check kata aku mengandung.dah 4 bulan. Hah! Terkejut kambing aku.Biar betulkan? Dah 4 bulan lak tu..Aku tak puas hati terus bersiap2 pergi ke farmasi beli alat uji kehamilan.sampei dua sekali aku beli.Sampai dirumah aku terus test.Maklumlah first time kan.Aku terkejut bila tengok tanda merah yang keluar pada alat tu.Ikut pada arahan kalau ada tanda dua baris merah maknanya aku mengandung.Sampai dua kali aku test.Sama juga yang aku dapat.Aku pun buat tak tahu terus aku simpan dalam almari.Hajat nak tanya mak.
Aku tengah lepak kat bawah tengok tv masa tu bila tiba-tiba mak aku panggil dan bertanyakan aku soalan aku mengandung ke? Aik? Aku terus teringat alat yang aku tinggalkan di atas almari solek di bilik mak.Mak tunjukkan aku alat tu.Aku terus tanyakan mak aku betul ke kalau tanda gitu aku mengandung? Mak aku terus ajak aku ke klinik untuk pemeriksaan.
Doktor sahkan aku mengandung.Siap kena marah lagi bila doktor scan tengok usia kandungan aku dah 4 bulan waktu tu dan aku tak tahu.Tak de pulak tanda2 macam yang orang mengandung alami.Aku masa tu ingatkan aku tak datang period kesan daripada yang aku sakit ari tu.Dah sibuk dengan kerja manalah aku ingat pasal tu kan?hehehe...
Aku tak terus maklumkan pada suami aku.Saja nak bagi suprise...hehehe..
Dua minggu selepas itu bermulalah penjelajahan aku di Utara tanah air.State pertama yang kami pergi adalah di Perak.Aku dijaga rapi oleh kawan-kawan bila depa dapat tau yang aku mengandung.Yang aku perasan masa aku mengandung aku kuat makan.Sebab tu badan aku naik mendadak.hahha....
Nak tau apa citer sepanjang aku di Utara tanah air tu nantikan bahagian ke 14 Siapa Aku?
Siapa Aku? - bahagian 12
Aku baru balik dari outstation ke Utara Semenanjung masa tu.Pagi tu aku pegi kerja cam biasa la.Siapkan kerja jabatan yang tertangguh di samping membuat persediaan untuk ke Pantai Timur pulak.Dalam pada aku sibuk tu,aku dapat surat pertukaran ke Kuantan.Menurut isi surat tu,permohonan aku untuk ditukarkan ke JUPEM Pahang dah berjaya dan aku dikehendaki melaporkan diri dengan segera.Masa tu aku cuma ada 2 minggu dari waktu tu untuk aku berpindah.Terkejut aku,kata orang mungkin rezeki anak kot.hehehe...
Hah anak????!!!..Mesti korang terkejut kan? Nie yang aku nak buka cerita nie,masa aku sertai perarakan kemerdekaan tu aku baru jer bertunang.Itupun lagi 2 minggu nak merdeka aku bertunang.Bertunang dengan jejaka dari Pahang.Siapa???..Nanti aku kenalkan..
Aku bertunang 5 bulan je.Dalam akhir Januari 2005 aku tamatkan zaman bujang aku.Nak kata pilihan aku,mungkin ya dan nak kata pilihan famili juga ya...hehhe...Aku berbelah bahagi masa tu,aku berkawan kira lama juga.Aku ada dua pilihan masa tu.Seorang jejaka dari Semenyih dan seorang lagi Pahang.Aku buntu dalam membuat pilihan.Aku baik dengan kedua2nya.Aku tak terfikir pun soal nak kawin nie.Aku cuma berkawan je.Aku tanya mak aku yang mana lebih elok pilihannya untuk aku.Mak aku pilih jejaka Pahang.
Aku ok je.Tapi,aku memang tak declare apa2 la dengan jejaka dekat Semenyih nie.Just friends.Tapi dari cara jejaka Semenyih nie dia nak more than friends.Aku senang dengan dia.Kelakar orangnya,baik,dan romantis.Bicaranya buat aku tak kering gusi.Ada je.Satu lagi yang aku senang dengan jejaka Semenyih ni sikap berani dan gentleman dia.Pernah aku cabar dia jumpa mak dan keluarga aku.Dengan selamba dia sahut cabaran aku tu.Kebetulan mak aku ada buat kenduri nenek aku nak ke Mekah.Aku cabar dia datang.
Terkejut aku bila abang aku panggil kata kawan aku datang ada di luar.Aku jenguk keluar tengok jejaka Semenyih datang.Nak marah pun ada.Dari jauh dia dah tersenyum2.Suka la tu dia menang.Aku tebalkan muka masa tu.Ye la ramai sedara mara aku masa tu, jeling2 tengok aku.Sedara mara since famili aku sendiri ingat jejaka Semenyih itulah pakwe aku.Dengan selamba jejaka Semenyih nie masuk ke rumah mak aku dan menyalami mak serta nenek aku.Tercengang mereka sekejap.Tertanya2 juga siapa budak tu.Nenek tanya aku,aku jawab kawan.Yang lagi buat aku pening kepala dengan jejaka Semenyih nie,selamba je dia duduk sebelah nenek aku dan bersembang ngan nenek aku cam dia dah lama kenal je.Aduyaii....
Tapi,apa yang romantisnya aku cakap tentang jejaka Semenyih ni,asal dia datang jumpa aku memang tak akan lupa bawa buah tangan untuk aku.Yang kelakarnya,masa dia datang kenduri tu siap bagi aku bunga dan coklat.ha ha ha...terkedu aku..Dalam hati aku kata jiwang giler mamat nie..Aku tak pernah terima barang2 gitu.Masa sekolah adalah admirer yang beri tapi itu cerita lain.Ni jejaka yang dah mula menambat hati aku ni yang bagi.Malu pun ada,seronok pun ada.Ye la,dahlah sedara mara aku ramai masa tu.Adik aku sempat bisik kat aku..romantiknya abang tu....Aku hanya mengiakan kata2 adik aku.Jejaka ni memang nak kena dengan aku..
Malam tu,seperti malam2 yang lain jejaka Semenyih akan telefon aku.Biasa dia pakai public je.Zaman aku mana ada lagi budak remaja cam aku yang pakai handset.Public phone la...Banyak juga duit dia habis telefon aku.Malam tu aku dengar suara dia happy je.Iye la kemenangan berpihak pada dia.Nenek aku puji kata jejaka Semenyih baik,peramah dan...err...hensem.Hensem ke? Bagi aku bolehlah...
Aku kalau bersembang dengan jejaka Semenyih ni biasa suka sembang hal2 biasa.Nak kata bercinta..takkkkk!!!!Sembang biasa je.Jejaka Semenyih memang suka berlawak.Aku tak tahu masa bila dia serius..Kekadang selalu juga dia cakap i love u,i miss u...tapi tak membawa apa2 makna pun pada aku.Sebab bagi aku kata2nya tu lebih pada gurauan.Entah iya,entah tidak dia memang sukakan aku.Tapi ,aku dah mula sukakan dia masa tu.Cuma tak parah lagi la.Banyak kali dia ajak aku pegi umah dia jumpa dengan keluarga dia tapi aku tak nak.Belum bersedia lagi.Lagipun aku malulah.hahahha...
Ops..lupa nak bagitau.Aku kenal ngan jejaka Semenyih nie masa perarakan hari Merdeka dekat Kuantan.Kami sama2 berkawad.Dia wakil dari IKM,Pekan dan aku pula wakil dari Politeknik Kuantan. Masa tu kami just sembang biasa je.Kata kawan2 aku kami cam adik beradik. Kami sempat bertukar2 alamat dengan dia.Bagi aku nak berkawan apa salahnya kan? Lepas dari pertemuan pertama tu aku dan dia tak berhubung pun.Kalau ada pun cuma sekali je la berutus surat.Lepas tu senyap je..
Kami bertemu semula selepas insiden ayah aku meninggal.Petang tu aku tengah siapkan lukisan kejuruteraan aku di rumah sewa.Sambil buat kerja aku dengar walkman.Tiba2 kawan serumah aku meluru masuk ke dalam serang aku.Terkejut aku.Dia kata kembar aku datang.Pelik aku.Masa bila pulak aku ada kembar.Member aku Ipah cerita serba sedikit tentang jejaka tu.Tapi tak ingat nama.Aku segera keluar untuk melihat siapakah gerangan jejaka yang dimaksudkan? Terkejut beruk aku bila aku lihat Jejaka Semenyih datang dengan kawannya.Fikir aku apa mimpi dia datang? Kami duduk di bawah anak pokok kelapa di luar rumah.Aku bertukar cerita dengan dia.Tiba2 aku jadi terkejut bila dia tanya tentang ayah."Ayah sihat?" Terkelu aku bila di soalkan ayat itu.
Berubah kejap emosi aku waktu itu.Maklumlah baru sebulan insiden itu berlaku.Aku bila soal ayah dibangkitkan pasti mengalir air mata aku.Perlahan aku jawab ayah baru meninggal.Setitik dua air mata aku menitis.Aku terkejut bila melihat dia juga turut menangis.Aik,macam ayah dia yang meninggal.Aku tanya juga kenapa dia menangis.Pelik aku bila aku dengar dia hanya menyebut perkataan Allahuakbar berulang2 kali.
Aku juga terkejut bila mendengar penjelasan dari Jejaka Semenyih.Katanya,dia tak boleh tidur malam tu,tiba2 teringatkan aku.Dan,katanya dia mendapat mimpi yang aku sedang bersedih sebab ayah aku meninggal.
Pelikkan?Apa tandanya ya? Sebab itu ,malam itu juga dia menyelongkar laci mejanya untuk mencari alamat rumah sewa aku.Bila dah dapat malam itu juga dengan menaiki motor,dia bergegas datang ke Kuantan dengan ditemani sahabatnya.Dia sendiri tak tahu kenapa?Tapi,gerak hatinya kata dia mesti berjumpa dengan aku.Rindu pun ye,katanya.
Sejak pertemuan semula aku dan Jejaka Semenyih tu,kami jadi rapat dan sering berutus surat.Bila pulang ke KL pun mesti bersama.Pernah aku pulang ke KL semasa cuti semester,terserempak dengan dia di Terminal dan kebetulan pula kami satu bas.Kebetulan kawan aku ikut pulang ke KL.Dia sanggup tukar tempat dengan kawan aku semata2 nak duduk dengan aku.Tanpa pengetahuan aku pulak tu.Masa bila dia berpakat pun aku tak tahu.
Sikap perihatin dia tu buatkan aku jatuh sayang pada dia.Tapi rasa sayang aku tu hanyalah sayang sebagai seorang kawan.Berkali juga aku bertanya diri aku kenapa aku tak boleh menyayangi diri dia melebihi dari seorang kawan.Aku tiada jawapan untuk itu.
Dalam waktu yang sama aku berkawan pula dengan Jejaka Pahang.Sikapnya ini berlainan dengan Jejaka Semenyih.Pemalu orangnya tetapi rajin dan bertanggungjawab. Puncanya aku dan Jejaka Pahang boleh berkawan berpunca dari rakan serumah aku yang begitu meminati dan mengilai Jejaka Pahang ni.Aku dijadikan orang tengah untuk menyampaikan hasrat kawan aku tu kepada Jejaka Pahang.Kirim salam ke,utus surat ke aku la orang tengahnya. Aku tak rasa apa2 pun masa tu.Sebab aku dah ada Jejaka Semenyih.
Aku kenal dengan keluarga Jejaka Pahang sebab..keluarga dialah keluarga angkat aku yang aku pernah ceritakan di episod lepas. Tapi waktu tu,aku rapat dengan adiknya Gee.Selalu ajar anak2 makcik jiran aku tu buat kerja sekolah.Masa bila si Jejaka Pahang ni suka dekat aku pun aku tak tahu. Aku selalu tolong makcik Zuraida tu berniaga.Kan aku pernah cerita aku kerja part time malam tu..dengan makcik Zuraida ni lah.Jejaka Pahang ni sebaya dengan aku.Rupanya keluarga makcik Zuraida ada agendanya sendiri.
Aku dicadangkan untuk dijadikan menantu.Serba salah aku bila hasrat tu sendiri disampaikan oleh makcik Zuraida.Sukar untuk aku menerima dan menolaknya.Keluarga makcik Zuraida sudah terlalu banyak membantu aku.Kira aku nie terhutang budi la dengan keluarga makcik Zuraida ni.Mula tu,aku terima Jejaka Pahang ni sebagai kawan je.Sebab aku terfikirkan kawan aku yang minat gila dengan Jejaka Pahang ni.
Aku dalam dilema.Antara sahabat dan juga keluarga.Aku tak sanggup nak lukakan hati kawan aku tu.Tapi dalam masa yang sama makcik Zuraida kata anaknya sukakan aku bukan kawan aku.Alamak..serba salah aku dibuatnya.Satu hari nak dijadikan ceritaatau juga takdir aku,aku diserang demam panas.Hampir 2 minggu lamanya aku tak ke kuliah.Selama 2 minggu itu jugalah aku menetap di rumah makcik Zuraida.Dialah yang menjaga makan dan minum aku menggantikan mak aku yang jauh di KL.
Kalau korang nak tahu,yang sebenarnya menjaga makan dan minum aku waktu itu adalah anak makcik Zuraida tu sendiri iaitu Jejaka Pahang.Dialah yang suapkan aku makan,basuhkan kain baju aku yang kotor,dan dia jugalah yang bantu mengelap tubuh aku tatkala aku terlantar sakit.Dalam tempoh itu jugalah dia bercuti semata2 menjaga aku.Dia jaga aku seperti ahli keluarganya sendiri.Peristiwa yang aku tak boleh lupa,bila aku pengsan,menurut kawan2 aku dialah yang mengangkat dan mendukung aku keluar masuk kereta untuk dihantar ke hospital.Lagi membuatkan aku terharu saat tubuh aku lemah tak bermaya,dia menangis teresak2 di sisi aku kerna tidak sanggup melihat aku menderita saki begitu.
Aku tegaskan pada kawan2 aku jangan beritahu keluarga aku sebab aku tak mahu mak aku risau.Tapi bila melihat keadaan aku yang teruk,terus Jejaka Pahang itu sendiri yang menelefon dan memberitahu keadaan aku pada keluarga aku.Petang itu,mak dan kakak aku datang menziarah.Terkejut aku dengan kehadiran keluarga aku.Mak aku lihat sendiri bagaimana Jejaka Pahang berkorban menjaga aku.Sebab tulah mak aku putuskan Jejaka Pahang sebagai jodoh aku.
Aku mulanya sukar juga nak menerima,tapi setelah aku lihat sendiri pengorbanan yang dilakukan Jejaka Pahang dan keluarganya pada aku buatkan aku mengalah dan menerima pilihan hati mak aku. Tapi bagaimana dengan Jejaka Semenyih? Dalam waktu yang sama aku masih lagi berkawan dengan kedua2nya.Dalam pada itu,aku cuba memandingkan kedua2 jejaka.Ternyata setiap mereka ada kelebihan tersendiri.
Tapi,itulah kalau dah dikatakan jodoh.Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri.Mungkin beginilah pertemuaan jodoh aku dengan Jejaka Pahang.Akhirnya kami disatukan,setelah berbagai dugaan dan rintangan kami lalui bersama selama 6 tahun.Tapi tempoh itu belum cukup untuk kami mengenali hati budi masing2.
Aku tahu bila pilihan sudah dibuat,pasti akan melukakan hati pihak yang satu lagi.Ternyata Jejaka Semenyih memang betul2 menyintai dan menyayangi aku.Kata2 yang aku selalu anggap sebagai gurauan adalah luahan rasa hatinya selama ini.Tapi apa yang mampu aku lakukan? Aku tersepit dengan sikap perihatin dari seorang kawan dan juga rasa terhutang budi juga nyawa dari pihak satu lagi.
Aku terpaksa berterus terang dengan Jejaka Semenyih.Ternyata luahan hati aku membuatkan dirinya kecewa teramat sangat.Hinggakan dia pernah berjanji dengan aku,walau apa pun yang jadi satu hari nanti pasti aku kan jadi miliknya.Aku hanya menganggap kata2nya terluah hasil dari perasaan geram dan marah.Tapi aku lihat,Jejaka Semenyih ternyata seorang yang cool.Sungguhpun hatinya terluka dengan pilihan yang aku buat,dia masih lagi sudi berkawan dengan aku.Yang nyata,dia kawin dulu sebelum aku.hehehe...
Perkara yang buatkan aku tak boleh lupa bila dia tiba2 menelefon aku di saat lagi beberapa jam dia akan di nikahkan.Diluahkan kata2 yang meruntun jiwa aku.Aku tak boleh lupa bila dia kata,dia kawin sebab sengaja nak buat aku jeles dan marah,tapi ternyata aku tidak.Malah aku mendoakan lagi kebahagiaannya.Dia juga kata,dia takkan melupakan kenangan manis antara aku dan dia sampai bila2.Aku juga.Dia juga membuat pengakuan,bahawa perkahwinan ini bukanlah atas permintaannya.Dia masih sayangkan aku.Sampaikan sanggup dia mahukan anak2 aku dan dia di satukan sebagai ganti aku dan dia.Kelakarkan....
Aku buat perjanjian dengan dia.Sekiranya benar dia betul2 sayang dan cintakan aku,seeloknya selepas ini janganlah dia menghubungi aku lagi.Benar..hingga kini aku tidak menerima apa2 berita tentang dirinya.aku tetap takkan lupakan kenangan aku dan dia...
Pelikkan perasaan cinta ini....?
Jumaat, 24 Julai 2009
Siapa Aku? - bahagian 11...
Mak suruh aku ambil kerja yang kena dengan bidang aku la,ukur.Tapi dalam masa yang sama aku juga berminat dalam bidang penerbitan nie.Hampir 2 minggu lamanya aku memikirkan jawapan yang bernas.Akhirnya aku membuat pilihan menerima tawaran kerja di JUPEM KL.Kebetulan,ramai kawan2 sekelas aku yang sama2 apply dapat.Lagipun dekat tempat kerja JUPEM KL tu di Jalan Semarak dengan rumah dan yang paling penting dekat dengan tempat belajar aku di Empire Towers,Ampang. Jadi tak perlulah aku nak terkejar2 nanti. Mujur aku ambil part time belajar,kalau tak mahu haru biru dibuatnya.
17hb September 2002,aku melapor diri di JUPEM KL.Berdebar juga nak masuk kerja.Iye la permulaan baru lagi dalam hidup aku. Aku sempoi ar lapor diri masa tu pakai baju kurung warna biru dan kasut..alamakkk kasut? hehehe..aku pakai kasut kungfu apek tu je.Dah mana ada duit lagi masa tu nak beli kasut lain.Baju pun pakai baju raya.Aku kan jarang pakai baju kurung.Pakai pun time pagi raya je.Pastu simpan wat harta.hehehe...Bukan ada orang perasan pun aku pakai kasut tu.Aku pergi keje naik motor.Motor Kriss aku.CBF 7696.Aku trade in motor lama yang aku beli sewaktu aku praktikal di Kedah.Aku ambil motor Kriss sebab masuk tu keluaran baru dari Modenass.
Tingkat 3 letaknya pejabat aku nanti.Satu bangunan dengan Wisma Tanah.Masa tu Ukur masih lagi bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selepas urusan lapor diri selesai,aku dan kawan2 baru aku seramai 4 orang disuruh mengadap Pengarah ukur.Waktu itu Pengarah Ukur JUPEM KL (CS) adalah Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud,K.M.N. Selepas sesi suaikenal,kami berjumpa pula dengan Timbalan Pengarah Ukur (OD), En Jasni bin Abdul Rahman.Kami di bahagi2kan tempat.Dua orang ditempatkan ke unit JUBL,seorang di Unit Strata,seorang lagi di Unit CPS manakala aku pula ditempatkan di Unit CDS. Aku diperkenalkan oleh OD dengan Pengarah Ukur CDS iaitu merangkap bos aku,Encik KamarulAzam bin Kamarul Bahrin.Aku di bawa bos aku ke unit di mana aku ditempatkan.
Aku tak de masalah sebab aku pernah praktikal di JUPEM Kedah.Sedikit sebanyak aku dah tahu tugas dan fungsi unit itu kepada jabatan.Aku diperkenalkan kepada Ketua Unit pada masa itu,En Ahmad Mohamad Zain.Kami berkongsi bilik dengan Unit Khidmat Sistem iaitu ahlinya adalah programmer jabatan, Puan Norsalnizah atau aku panggil dengan gelaran Kak Nor je.Seorang lagi pegawai dikenalkan yang aku lupa namanya merangkap anak buah aku la,juruteknik yang aku panggil En.Wan je.
Aku teringat yang aku ada seorang sahabat yang sama2 belajar dengan aku dulu di Poli dan merupakan jiran aku di asrama iaitu aku gelar Gobok.Nama timangan daa...So,far aku tak rasa lonelly la sebab aku ada kenalan.So apa2 pun aku dengan Gobok la.Aku alhamdulillah tak de masalah dalam bekerja mahupun bergaul.Aku berkawan dengan semua orang.Syukur aku diterima seadanya.Pada mulanya kerja akutaklah seteruk mana.That's why la dulu kakitangan JUPEM gelarkan Unit CDS nie Cawangan Duduk Saja.Sebab skop kerja yang CDS buat hanyalah Keyboard Entry dan juga Updating.Kakitangan pun tak ramai.Ada 4 orang je iaitu terdiri dari PPU,KUCDS,TA dan juga Technichian.
Alhamdulillah,aku berjaya mendapatkan status tetap dalam kerja aku.Exam dah lulus,Kursus Induksi Umum dan Khusus serta BTN juga aku dah pergi.Sekaligus melayakkan aku mendapat tempat terus di JUPEM sampai pencen.hehehe...Tapi kerja aku mulai sibuk bila datangnya projek baru iaitu SPDK.Aku kira jadi antara orang terpentinglah masa itu. Kelam kabut juga aku.Iyelah kakitangan tak ramai.Kuli hanya aku dan En.Wan.Tapi,kerja jena smart.Baik punya jadual aku susun.Pembahagian kerja amat penting.Itulah gunanya pengurusan masa dalam kerja. Dalam kesibukkan aku dalam kerja di pejabat,aku juga sibuk dengan kelas teater dan show aku. Bila tiba sabtu dan ahad aku akan ke Kuantan untuk menjalani latihan Wataniah pula.Mak tak boleh kata apa.Dah minat aku.hehehe..Aku aktif juga di pejabat.Kelab Sukan aku masuk sebagai ahli,Koperasi juga sebagai ahli,begitu juga Kelab Agama Islam aku jadi AJK. Kenangan manis aku di JUPEM KL adalah sewaktu kami terlibat dalam perarakan Hari Kemerdekaan.Aku masa tu tak jadi wakil Wataniah di Kuantan,tetapi aku memilih untuk mewakili Jupem dalam perarakan itu nanti.Kami diberi kelonggaran untuk sesi latihan berkawad.Aku tak kisah dah biasa.Ada juga kawan2 aku yang masuk pun semua asal dari budak2 wataniah juga.
Seronok join aktiviti macam nie.Dari tak ramai kawan,jadi ramai.Tapi budak2 nie ramai kenal aku dengan panggilan Anjang. Glamour sikit.Lama juga kami berlatih.Sebulan ada rasanya.Aku terlibat dengan perarakan ni pun tahun 2004.Dah nak masuk 3 tahun dah masa tu aku bekerja di JUPEM KL.Sekejap sangat rasanya.Umur aku pun makin meningkat.Tapi perangai still anak2 lagi.Tahun itu juga last aku dengan ASK.Tapi ada juga yang mana diaorang jemput untuk buat show aku dan Linda pergi.Sekadar membantu.
Selain perarakan aku ada juga ikut rombongan JUPEM anjuran Kelab Agama di pejabat ke Perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands dan Rumah Orang2 Tua di Ipoh.Berjalan saja aku.Selain itu,aku juga terpilih untuk menyertai Co-Group Jupem Ibu Pejabat buat tour di semua state JUPEM bagi Projek terbaru JUPEM iaitu RNR Module.Itu atas jasa Mr.Looi Kam Seng la beri kepercayaan dekat aku.Katanya kesian tengok aku asyik tunggang langgang duduk di pejabat buat kerja.Sesekali katanya kena release tension.Jalan lagi..heheh...Tapi ada yang aku tak cerita.Aku join co Group Jupem Ibu Pejabat sekejap je sebabnya aku ditukarkan ke JUPEM PAHANG atas permintaan aku sendiri.Nak tahu kenapa? Nanti akan aku ceritakan sebabnya..
Masa Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Dari kiri Anjang, Hasni,Siti Fatimah dan En.Zulkifli.
Masa Praktikal di JUPEM KEDAH .Time ni buat latihan kerjaluar.Dalam gambar En.Zainal dan NorIsfariza.
Siapa Aku? - bahagian 10....
Masa aku ujibakat tu,orang yang bertanggungjawab meluluskan ujian itu adalah Puan Marlia Musa dan juga Che Kem selaku ketua program teater masa itu.Berdebar juga aku.Aku tak sangka boleh terpilih masuk.Syukur sangat2.
Bermulalah kisah aku dalam dunia seni nie.Memang satu cabaran yang besar.bukan senang nak bergaul dengan orang2 nie.Bulan pertama aku dihabiskan dengan mengikuti kelas tetater.Puan Marlia dan abang Ijat menjadi tenaga pengajar.Aku bukanlah student sepenuhnya.Cuma part time student je.Aku tak berani nak ambil full time sebab takut aku dapat kerja dalam masa terdekat tak ke rugi aku.Lagipun bidang nie aku just ambil sebagai sampingan je.
Okeylah,kira fun sangat2.Puan Marlia memang garang.Very2 straight.Nak tengok dia senyum punyalah susah.hehehe...Banyak yang aku belajar.Macamana korang tengok dalam rancangan astro Sesi Anak Wayang dan Akademi Fantasia,begitulah latihan yang aku tempuhi.Sama je tak de beza pun.Dalam teater lagilah.
Memang kena belajar semua.Nyanyian,lakonan,tarian.Sebab dalam teater semua tu ada.Aku ambil juga mata pelajaran wajib.Ada dua pilihan samada Makyong ataupun Wayang Kulit.Aku memula nak ambil Wayang Kulit,tapi Linda nak ambil Makyong.Aku tak best la sorang2.So,aku dan Linda putuskan ambil matapelajaran Makyong.Makyong merangkumi semua yang aku belajar dalam teater. Ada nyanyian,muzik,lakonan dan tarian.Perghh...kena menari beb! Aku dah la lemah bab2 gitu.hehehe..
Masa kelas Makyong kami didedahkan dengan tarian asas Makyong iaitu Mengadap Rebab.Berpeluh aku.Ye lah dari seorang minah kental kena tukar lak jadi minah jiwa.hahaha...Payah juga nak lembutkan badan yang sedia keras.linda boleh lah dia memang dah lembut.Aku nie bermasalah sikit.Nak ilmu punya pasal aku tempuh la juga.Aku jadi mengelabah bila dapat tahu nanti kami ada show.Jadi semua terlibat.Cerita yang kami kena lakonkan adalah Batak Raja Gondang.Pementasan dilakukan di Matic,Jalan Ampang,bersebelahan dengan Saloma Bist'ro. Aku jadi Second Puteri Sulung.Linda pulak pegang watak utama.Berbelit lah lidah aku nak belajar bahasa Kelantan.hehehe..mujur la aku ada kawan baik yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.Hahahaa...aku rasa kalau ada pementasan cerita tentang Cik Siti Wan Kembang tu patut watak utama bagi kat Linda.Memang sesuai gitu.Hehehe..jangan marah kawan.Nanti kena jual.
Agak korang siapa makwe comel kat gambar sebelah ni? Aku la..Tak caya?Aku lagi tak caya..hahahaha...Aku sendiri terkejut tengok muka aku selepas di solek.Cam bukan aku pun ye juga.Masa ni,malam pertama pementasan.Nasib baik abang Wahid tak de kalau tak mana aku nak sorok muka.Malu beb..Dahlah kena pakai baju seksi.Tak pernah seumur hidup aku waktu tu kena pakai gitu.Kalau tak pakai nanti tak lulus exam.Huhuhu...
Abang Wahid? Alamak aku terlepas ayat la...nanti korang akan tahu juga siapa Wahid tu.Perkara yang cukup memalukan aku adalah aku menangis teruk malam tu.Orang lain kena gode,aku yang menangis.Tok guru aku,Kak Asmah kata angin aku kuat.Angin apa? Sukar untuk aku jelaskan kat sini.Cuma orang2 tertentu saja yang tahu.Teruk jugalah aku malam tu.Malu aku lepas tu kena gelak dengan kawan2.Termasuklah kawan baik aku sendiri,Linda.Hampeh punya kawan. Banyak kali jugalah aku ikut show yang ASK anjur.
Banyak juga yang aku belajar.Ilmu itu meluas.Tak kiralah dalam bidang apa pun. Takkan habis dalam menuntut.Macam aku dah ini memang minat aku.Pada aku tak salah asalkan ilmu yang aku belajar itu tak lari dari landasan agama yang aku anuti.Betul tak?
Banyak improvement yang aku dapat.Expecially pada diri aku la.Dari seorang yang kayu,kepada seorang yang lemah lembut dan ayu jelita gitu.Kahkahkahkah..perasan giler beb.Nak termuntah aku.Sekurang2nya aku dapat la juga pengalaman bekerja dalam kerjaya seni ni.Banyak dugaan dan cabaran. Hanya orang yang pernah melaluinya sahaja yang tahu asam garam dalam bidang seni ni.
Aku dan Linda sewaktu Pementasan di Matic,Jalan Ampang.
Nie gambar ramai2 masa buat pementasan di
Panggung Bandaraya,Kuala Lumpur.
Gambar nie pulak saja je aku beraksi...Hampeh!...
Siapa Aku? - bahagian 9....
Seperti yang korang semua tahu,aku tamatkan juga pengajian aku tu walaupun agak sukar.Kan aku kata yang aku akan tamatkan pengajian aku dengan syarat.
Syaratnya,mereka(pensyarah)kena izinkan aku buat kerja part time bagi menam-
pung perbelanjaan aku di Poli tanpa diketahui oleh rakan2 sekelas aku.Maksudnya mereka tak boleh tahulah aku buat kerja part time.
Ada rezki aku.Kebetulan makcik jiran sebelah rumah aku tu ada buka gerai makan.
Sebelum ni pun aku rajin bantu mereka di gerai.Aku usulkan supaya makcik Zuraida namanya berniaga waktu malam.Sebelum nie makcik hanya berniaga waktu siang.Usulku diterima dan bermulalah episod baru dalam kehidupan aku.
Hari biasa aku ke kuliah manakala sebelah malam pula aku bekerja di gerai makcik Zuraida,Semua kerja la aku buat.Tutup gerai dalam jam 1 pagi.Balik kerja,aku mandi dan buat assignment juga study.Hari sabtu dan ahad pula aku akan ke kem untuk latihan wataniah.Begitulah kehidupan aku sampai aku grad.At least adalah juga aku duit poket untuk menampung kehidupan aku.Kadang2 dalam kelas selalu juga aku tertidur.Maklum lah malam aku tak cukup tidur.Biasanya pukul 3 pagi baru aku tidur dan bangun pula seawal jam 6 pagi.Pensyarah subjek biasanya kalau nampak aku terlentok di belakang kelas merka tak pernah tegur.Paling tidak pun ayat yang selalu keluar dari mulut mereka"..dah tidur..."hehehe...
Tapi aku cover balik waktu aku tidur tu dengan menelaah setelah habis waktu kerja.Zaman remaja aku tak sama dengan kawan2 aku yang lain.Maklum lah..kehidupan aku berbeza dengan diaorang.Makcik Zuraidah kesian melihat aku,akhirnya diambilnya aku sebagai anak angkatnya.Rapat juga aku dan keluarganya.Makcik Zuraidah ni ada 4 orang anak.Semua lelaki.Anaknya yang sulung sebaya dengan aku.Kerja di Kedai beras Bernas di bandar sebagai Penyelia.Anaknya yang kedua sindrom down,mamat namanya.Yang ketiga pula namanya Gee.Sekolah tingkatan 3 di Alor Akar dan yang bongsu Adik sekolah darjah 4 di Semambu.
Pakcik Alim pula,suami Makcik Zuraidah kerja di rumah MB Pahang sebagai pembantu.
Aku banyak terhutang budi dengan keluarga makcik Zuraidah.Merekalah pengganti keluarga aku di Kuantan.Mungkin dah ditakdirkan Allah,hubungan aku dan keluarga Makcik Zuraidah kekal hingga ke hari ini.Alhamdulillah...Memang agak sukar kehidupan aku sepanjang berada di rantauan.Tapi itu semualah yang mematangkan diri aku.Pengalaman yang ada cukup mendewasakan aku.
Tamat pengajian aku pulang semula ke Kuala Lumpur.Itupun setelah aku gagal mencari kerja di Kuantan.Aku mencuba pula nasib di KL.Aku pernah juga apply jawatan kosong melalui JPA.Ramai kawan2 sekelas aku semua apply jawatan yang sama.Dengan kelayakkan yang ada,aku rasa boleh kot dapat.hehehe...
Sementara menanti jawapan kerja,mak menyuruh aku ambil kelas memandu.Adik aku pun ambil.Jadi aku tidaklah menolakkan.Mak kata elok ambil awal supaya senang kalau aku dpat kerja boleh pergi ke mana2.Aku ambil masa sebulan untuk dapatkan lesen memandu. Setelah 5 kali percubaan untuk kerja gagal aku capai,aku mengambil keputusan untuk menyambung belajar.Belajar perkara yang tak kesampaian aku lakukan dahulu. Sebenarnya semasa aku bekerja di JJ Wangsa Maju,pernah aku pergi menjalani ujibakat untuk kelas teater yang dulunya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan(ASK) atau kini di panggil ASWARA. Aku berjaya dalam ujibakat tu dan di tawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia(USM) dalam bidang Pementasan Teater.Masa aku dapat tawaran tu aku dah pun melaporkan diri ke Politeknik.Itu pun seminggu selepas aku masuk Poli.Mak sorokkan surat atas arahan arwah ayah.Arwah tak suka aku ambil kursus teater.Katanya, tiada masa depan.Menangis aku sewaktu aku diberitahu oleh mak tentang surat tawaran itu.Berkecai segala harapan aku.Tapi aku tak putus asa,kerana aku percaya masih ada ruang lagi untuk aku mencuba bidang itu.
Terbukti,pagi itu aku terbaca suratkhabar utusan tentang tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teater di ASK.Aku terus telefon sahabat baik aku Linda.Aku ajak dia sama.Dia juga bersetuju.Aku isi borang tawaran dan pos secepat yang mungkin.Alhamdulillah,aku terima surat tawaran untuk menghadiri sesi ujibakat di Empire Towers,Ampang.Aku dan Linda pergi bersama iktikad akan diterima menjadi sebahagian dari warga ASK.Linda buat pilihan untuk mengambil kelas Tari.Aku tetap dengan bidang aku kelas Teater.
Berdebar aku sewaktu aku melaporkan diri ke kaunter.Sejuk la tangan aku dengan Linda.Kami terpaksa berpisah mengikut kelas yang telah diasingkan.Aku duduk bersama peserta yang lain di dalam bilik menunggu.Kemudian setiap kami diberikan sehelai kertas yang mengandungi skrip pendek untuk sesi ujibakat itu nanti.Berdebor aku.Masa aku ujibakat dulu berbeza sikit.Kali ini berbeza.Masa aku ujibakat dulu tak de manuskrip langsung.Kena pandai2 sendiri la buat skrip.Lagi haru...hehehe...
Siapa Aku? - bahagian 8...
Gambar nie aku ambik masa aku pergi jalan2 ke Pekan,Pahang.Aku pergi berdua je ngan member serumah aku.Pergi naik bas je...Bas Rahmat Alam. Merata gak la berjalannya.Tempat yang aku pergi tu kira lokasi yang menempatkan perahu2 yang terkenal di Pahang.Perahu dari zaman dulu sampai la sekarang.Perahu yang biasa digunakan orang asli dan juga para nelayan.Setiap perahu yang ada disitu ada tercatat sejarahnya. Seronok jugalah.Berhadapan dengan bangunan itu adalah Muzium Pekan.Muzium itu merupakan Istana lama.
Dijadikan Muzium untuk tontonan orang awam cam aku ni.Muzium pun aku pergi juga.Tapi mereka tak benarkan ambil gambar.Masa aku duduk di perhentian bas,Pekan tu untuk pulang ke Kuantan,terserempak pulak dengan member wataniah aku.Kami kenal masa sambutan Hari Merdeka di Kuantan.Member aku tu study dekat IKM,Pekan.Dia pun saja keluar jalan2 beli barang keperluan.
Alang2 dah berjumpa tu apa lagi.Dibawanya pula aku dan kawan2 pergi makan.Nasi ayam terkenal yang ada di Pekan tu.Punyalah bagus member aku,habis semua kawan2 yang kenal aku di IKM tu dipanggilnya turun jumpa dengan aku.Meriahlah jadinya. Segan pun ada juga.mana tidaknya cuma aku berdua je ngan kawan aku yang perempuan masa tu.Aku tak kisah sangat sebab aku kenal dengan diaorang.Kesian kat member aku je la. Dari berdua last2 jadi 15 orang.Ramai tak ramainya kawan2 yang aku jumpa.hhehehe..Cuak sekejap member aku tu.Lepas tu,kami dihantar pula ke perhentian bas untuk pulang semual ke Kuantan.Aku berterima kasih pada kawan2 aku tu.Sekarang tak tahu ler mana mereka semua pergi.Ada juga seorang dua yang aku tahu dah berkeluarga.Alhamdulillah...
Pejam celik..pejam celik 3 tahun masa berlalu.Akhirnya aku grad juga.Macam tak caya je.Dalam tempoh berada dirantauan orang banyak pahit maung yang aku telan dan tempuh.Memang aku takkan lupakan sampai bila2.Dalam aku gembira masa nie,ada juga yang membuatkan aku tersentuh.Terasa ada kekurangannya.Masa konvokesyen waktu ni,ramai kawan2 aku datang ditemani keluarga masing2.Aku juga ditemani mak dan adik aku.Tapi apa yang buat aku sedih,arwah ayah tak sempat melihat kejayaan aku masa ni.Aku tahu inilah impian arwah.Nak tengok anaknya yang sorang nie berjaya.
Maklumlah dalam ramai2 adik beradik aku yang paling degil dan keras kepala.Dahlah begitu,malas pulak tu.Balik2 kerja dan minat aku bercamping dan memancing.Banyak kali arwah tegur pun aku buat endah tak endah.Tapi itulah kan..bila dah tak ada depan mata,masa tulah barulah terasa rindu akan kehilangannya.Tapi bila ada depan mata kita tak endah pun.
Masa aku semester dua,aku dah tak duduk di asrama.Aku menyewa di taman perumahan Semambu,Kuantan.Rumah tu cuma ada dua bilik.Aku duduk menyewa bersama 3 orang lagi kawan aku.2 orang yang sama course dengan aku manakala seorang lagi budak course pembinaan.Tetapi sama wataniah dengan aku.Hari tu hari Ahad.Aku final exam masa tu.Ada lagi 3 paper yang perlu aku habiskan.Tapi biasalah,3 hari sebelum aku tak de paper.So,jiran sebelah rumah aku ajak aku dan kawan2 serumah aku pergi berkelah di Air Terjun Panching.Saja la nak release tension.Kami pergi pun masa tu dah petang.Memang seronok.Aku enjoy.Tapi entah kenapa petang tu aku rasa lain sangat perasaan ni.Tiba2 masa aku duduk berteleku di atas batu di sekitar air terjun tu,aku bagai terdengar2 suara orang tengah membaca surah Yaasin.Aku fikir perasaan aku je.Tapi setiap kali aku pejam mata pasti aku terdengar suara2 itu.Hati aku mula rasa tak sedap.Tambahan pula masa itu,ayah aku baru sebulan menjalani pembedahan pintasan jantung .Kata doktor ayah aku ok.Sihat tak ada apa2 masalah.Aku perhatikan reaksi kawan2 aku.Nampak mereka cukup enjoy petang itu.Aku dah tak senang duduk.Teringat pada keluarga aku di KL.Balik petang tu,aku tergerak dah nak telefon keluarga aku,tapi entah kenapa aku menolak andaian2 buruk yang aku fikirkan tentang ayah.Aku bercadang nak pinjam telefon makcik sebelah,tapi ada tetamu pula masa tu.
Aku biarkan.Aku berdoa moga tiada apa yang buruk berlaku.Kira2 jam 6 pagi esoknya,aku terjaga dari tidur bila aku rasakan ada suara2 orang bercakap2 diluar.Aku nampak cahaya lampu suluh memasuki perkarangan rumah aku.Pantas aku bangun dari tempat perbaringan.Pantas pintu rumah sewa aku diketuk.Hati aku berdebar2 kuat.aku segera bangun.Ku capai tuala di tempat gantung baju dan ku sarung dikepala.Dari suara yang aku dengar tetamu yang tak diundang itu lelaki.
Saat aku buka lampu dan pintu ku lihat ada dua orang pegawai polis berpakaian seragam.Salam diberi.Aku menjawab dengan penuh debar.Aku terduduk di lantai saat aku mendapat berita dari pegawai polis mengatakan ayah aku dah meninggal petang semalam.Aku menangis semahu2nya.Rasa kesal bertimpa2 bila aku teringatkan petang itu aku berada di Panching.
Rakan2 serumah aku berusaha menenangkan aku.Aku bingkas bangun terus ke bilik air mandi.Aku bersiap2 ala kadar.Pagi2 begitu mana ada bas.Teksi pun tak tahu lagi ada atau tidak.Aku menahan perasaan supaya jangan menangis.Aku terus menerus menyalahkan diri aku.Kalau la aku telefon juga keluarga aku malam itu pasti lain jadinya.Mujur anak makcik jiran sebelah rumah aku sudi menghantar aku ke Terminal Makmur.Tiba di sana aku menaiki teksi untuk pulang ke KL.Sepanjang perjalanan tak putus2 aku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah.Aku berdoa moga aku sempat sampai untuk berjumpa arwah ayah buat kali terakhir.
Alhamdulillah,diizinkan Allah aku sampai tepat jam 9.30 pagi.Sampai di Pekeliling,aku ambil pula teksi untuk ke rumah.Tiba di rumah,tidak ada seorang pun yang ada.Aku berlari ke surau yang terletak di jalan 4.Aku berlari sekuat yang boleh supaya aku dapat juga berjumpa dengan arwah buat kali terakhir.
Dari jauh aku lihat sudah ramai orang di surau.Aku berlari ke belakang surau.Mak terkejut tengok aku sampai.Aku peluk mak.Kami sama2 menangis.Kata emak,jenazah ayah sedang dimandikan.Aku syukur kerana sempat juga aku berjumpa ayah buat kali terakhir.
Selesai mandi dan dikapankan,kami dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir.Tiba giliran, aku tahan perasaan supaya tidak menangis.Ku tatap wajah bersih ayah.Ayah tersenyum seolah gembira melihat aku.Aku lihat mata ayah tak tertutup rapat.Perlahan aku tutup mata ayah dengan tangan sambil aku berbisik mengatakan aku dah balik.Perlahan aku tunduk dan aku cium dahi dan pipi ayah yang dingin.Ayah seolah2 hidup aku rasakan.Kulihat mata ayah terpejam rapat.Mungkin ayah gembira aku pulang.Satu2nya anaknya yang jauh di rantauan.
Aku berlari ke belakang dan di situ aku melepaskan perasaan dengan menangis semahu2nya.Sesungguhnya aku tak merelakan pemergian ayah.Aku kesal dengan sikap sambil lewa aku.Aku kesal sebab aku tak sempat membalas segala pengorbanan ayah pada aku sejak aku dilahirkan hingga saat itu.Aku kesal sebab ayah tak sempat melihat aku berjaya.Aku juga kesal sebab saat-saat akhir aku tak ada di sisi ayah.Aku bertambah kesal sebab aku tidak sempat meminta ampun di atas segala2 dosa aku dari kecil sampai besar.Puas aku ditenangkan sedara mara yang ada.Aku tak turut serta menghantar jenazah ayah ke kubur.Tubuh aku rasa lemah sangat2.
Aku tak terdaya.Tambahan pula keadaan aku yang uzur tika itu tidak mengizinkan aku ke sana.
Aku berlari pulang ke rumah.Aku mandi sepuas-puasnya bagi menghilangkan rasa terkilan di hati.Aku berkurung dalam bilik.Malam itu,kenduri tahlil diadakan.Aku terkejut bila melihat rakan sekuliah aku datang,Ijah.Terima kasih Jah...Aku luahkan segala2nya pada Ijah.Aku bertekad untuk berhenti belajar.Hati aku tiada langsung untuk belajar.Aku bercadang untuk mencari kerja memandangkan mak aku suri rumah sepenuh masa.Biarlah aku berkorban untuk kakak dan adik2.Lagipun aku baru je bermula.Kalau aku belajar bagaimana aku mahu menampung segala perbelanjaan aku nanti.
Aku usulkan hal itu kepada emak.Mak tak terkata apa.Mungkin mak juga buntu.Maklum lah perkara baru terjadi.Mak serahkan keputusan pada aku.Ijah puas memujuk.Aku malas nak pulang.Lagipun ada 3 paper lagi perlu aku langsaikan.Tiba harinya,aku pulang juga ke Kuantan.Asalnya untuk mengambil semua barang2 aku yang tertinggal di sana.Aku tekad untuk berhenti.Tiba di Kuantan,rakan2 serumah aku memujuk supaya aku habiskan juga peperiksaan.Setelah di brainwash,aku ikut cadangan mereka.
Masa hari peperiksaan,fikiran aku kosong.Segala apa yang aku belajar tak dapat aku review dalam kepala.Zero.
Aku memandang kosong kertas soalan.Aku sekadar menjawab satu dua soalan sahaja.Selebihnya aku tinggalkan.Pensyarah2 aku dapat tahu juga kisah aku.Itu pun setelah rakan2 aku yang tahu bercerita.Aku dipanggil satu hari berjumpa dengan pensyarah2 kesayangan aku.Teruk juga aku di brainwash.Setelah keputusan dibuat,aku meneruskan juga pengajian aku sampai tamat tetapi dengan bersyarat.Nak tau ke apa syaratnya?Nanti aku cerita ok...
Kenangan bersama Suzy semasa Hari Merdeka di Padang MPK,Kuantan.
Siapa Aku? - bahagian 7...
Tamat saja semester pertama,aku tak sia-siakan masa cuti aku.Dalam diam aku telah mendaftarkan diri aku dalam pasukan sukarela iaitu askar wataniah.Aku telah menipu dengan menandatangani sendiri borang kemasukan.Aku tiru tandatangan mak aku.hehehe...Kalau aku tak buat macam tu sah2 la arwah ayah takkan benarkan.
Arwah memang tak suka aku jadi askar.Katanya dari askar baik polis.Aku pulak tak berminat jadi polis.Memang askar adalah cita-cita aku daripada kecil.Aku memang berazam satu hari nanti akan ku sarungkan tubuhku dengan uniform askar.heheh..
Ada hikmahnya aku masuk ke Politeknik ni.Kalau aku tolak dulu,sampai bila2 aku takkan dapat mencapai cita2 aku.Walaupun bukan askar sebenar,hanya sekadar sukarela,bagi aku itu sudah memadai asalkan aku dapat juga training sama macam askar yang lain.
Cuti semester masa tu selama sebulan.Kem sementara kami pun letaknya di asrama Politeknik je.Masa tu latihan rekrut sekali dengan budak2 maktab dan orang Kuantan.Ada 3 batalion semuanya. Aku batalion kedua.Group aku ramai dari maktab.Kira bakal2 cikgu la.Masa zaman aku maktab perguruan tak jauh pun.Bersebelahan je dengan Politeknik. Aku tempuhi latihan rekrut dengan penuh bersemangat waja.Iye la..benda yang dah aku minat.Seronok sangat aku rasa.
Paling aku suka,masa latihan perang.Kami berkampung di Kampung Anak Air,Pekan.Di situ,kami berlakon ala2 askar masuk kampung gitu.Kami kena selamatkan kumpulan dari ditawan oleh musuh.Taktik peperangan yang dah diajar dalam kelas kami praktikkan.Masa tu seribu perasaan dapat aku rasa.Takut,seronok,semangat semua ada.Rasa macam perang betul pulak.Mana tidaknya.Seminggu kami di situ.Seminggu tu la tak tidur,tak mandi.Dalam keadaan darurat.Macam2 la...
Peristiwa yang aku tak boleh lupa pada malam aku dan kumpulan aku keluar jaga sentri,aku menyorok di kawasan semak.Masa tu Sarjan bagi arahan,akan dimulakan bila2 masa saja latihan perang.Time tu dah pukul 10 malam.Maknanya kami kena siap siaga la.Sebab musuh bila2 masa dia nak serang dia serangkan...Dalam pada waktu menunggu tu..aku dan 3 orang lagi kawan aku berada dalam posisi masing2.Aku memilih berada dalam posisi meniarap.Senjata aku standby dan aku tompangkan menghala ke luar kubu. Dua rakan aku lagi posisi duduk dan mencangkung.
Lama jugalah menanti.Mata aku dah mula mengantuk.aku tak boleh kalau dalam gelap cepat benor mata nie rasa mengantuk.Sambil mengawal,kami tak dibenarkan bersembang takut nanti didengari musuh.Aku yang semakin mengantuk tanpa sedar aku terlelap.Sedar2 aku terkejut bila terdengar bunyi bom dan tembakan merata.Aku apa lagi,dalam keadaan terpisat tu,aku terus merata menembak.Kami menembak menggunakan peluru kapur.Aku dan kumpulan mara ke hadapan,misi kami menawan musuh.Bermulalah aksi peperangan kami malam tu.Berdebar siot...memang rasa cam perang betul.Aku teringat dalam cerita Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Mengenangkan perjuangan orang zaman dulu menentang komunis dan jepun,buatkan semangat aku berkobar2.Satu peluru satu musuh.
Aku dan kumpulan terus mara dan mara.Segala taktik peperangan yang dipelajari kami praktikkan malam tu.Akhirnya kami menerima bendera putih dari pihak musuh menandakan mereka menyerah.Jadi kemenangan berpihak pada kumpulan aku.Punyalah seronok.Siap dapat pujian lagi.Malam tu,kumpulan aku berpesta sakan la..hehhee...
Esoknya,pagi kami bertolak pulang.OC menyuruh kami berkumpul di tepi pantai.Apa lagi dengan kiraan 10 kami semua wajib berlari masuk ke dalam air.Disebabkan dah seminggu tak mandi,apa lagi.Joli sakan la kami.Semasa perjalanan pulang ke kem,aku macam biasa sempat lagi buat taik mata..tidur laa...hahahhaa...
Sampai di Kem,kami diarahkan mencuci senjata.Bulatan kumpulan dibuat.Masa tu lagi 2 minggu nak tamat latihan.Kata orang,kalau kita buat salah,pasti akhirnya kebenaran akan terbongkar.Aku tengah asyik cuci senjata masa tu.Tiba2 ada pengumuman dari pondok jaga asrama mengatakan aku ada tetamu yang sedang menanti di bilik tetamu.Aku bergegas bangun dan selepas memohon kebenaran daripada Sarjan,aku berlari anak ke bilik tetamu.Jeng..jeng..jeng..
Nak tau siapa yang menanti aku? Arwah ayah,mak dan juga adik lelaki aku.Mampos aku...Aku buat muka selamba tunduk menyalami tangan kedua orang tuaku. Arwah ayah toksah kata la.Kalau dah bercantum keningnya tu,faham2 la kan.Aku pulak berpeluh2 menanti dihukum.Aku memandang wajah mak meminta pertolongan.Mak cuma tersenyum sambil mengangkat kening seolah2 mengejek aku.heheh...
Apalah nasib.Puas aku disoal jawab oleh arwah.Mengigil satu badan beb.Tapi aku tak kisah.Aku mintak maaf kemudiannya pada arwah dan juga mak.Akhirnya,arwah setuju dan mengizinkan bila mendapat jawapan yang bernas daripada aku.Nak hidup pandai2 la susun atur ayat.hehehe..Nak tau camner aku leh kantoi..?
Kebetulan anak kawan arwah ayah aku juga menuntut di Politeknik.Arwah ayah terkejut kenapa anak dia cuti tapi aku tak?Aku reka alasan banyak kerja yang perlu disiapkan.Arwah terkejut bila dapat tahu kawannya bercerita kata Poli cuti sebulan.Cuti semester.Balik rumah tu arwah tanya dekat mak aku.Nak tau jawapan mak aku apa? Tak tahu..hahaha...Aduyaii...Aku meyakinkan arwah yang aku takkan kantoi subjek walaupun aku aktif wataniah.Apa yang penting aku dapat elaun.So,dapatlah kurangkan sikit beban arwah ayah.
Sekurang2nya duit elaun tu dapatlah juga menampung perbelanjaan aku di Poli ni.Aku teruskan minat aku tu sampailah aku bekerja.Lebih kurang 7 tahun jugalah aku aktif. Nak tau kenapa aku berhenti? Nanti korang akan tau juga...