Khamis, 23 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 6...

Tahun 1999..
Emm..tahun yang mendewasakan aku...Gambar kat sebelah ni di ambil masa aku kat bilik lukisan pelan.Baru first semester.Aku masuk in take lambat.Kawan2 dah belajar 3 bulan baru aku masuk.Teruk la jugak sebab aku kena kejar masa siapkan assignment yang 3 bulan punya untuk semua subjek ( maths,pelan lukisan,sains kejuruteraan,ukur kejuruteraan,bahasa inggeris,agama islam,hitungan dan kadaster).Termasuklah juga kuiz yang dah aku tertinggal dan juga nota.Tension jugaklah kepala otak aku nak kena cover balik semua2 tu..
Tapi aku tak patah semangat.Aku sahut cabaran tu walaupun susah.Pernah aku minta nota dari kawan2 tapi semua bagi alasan tak lengkap.Pelik juga,takkan dah 3 bulan belajar nota tak lengkap?Aku berpendapat mungkin mereka saja nak buli aku.Iye la...budak baru kan? Aku nekad untuk mendapatkan nota2 tu daripada pensyarah.Menurut kata kakak aku yang masa tu tengah study kat Uitm kata,jangan malu jumpa dengan pensyarah.Pensyarah biasanya dia akan suka kalau student dia sendiri datang jumpa dengan dia.Aku buat apa yang kakak aku suruh.Teruk gak aku kena ragging ngan pensyarah.After class,aku pegi ke pejabat untuk berjumpa dengan pensyarah subjek.Macam biasa adat orang baru...mereka kata nota semua dalam kepala macamana nak fotostat? Terdiam aku.Aku saja buat muka blur..muka simpati.
Macam2 alasan mereka gunakan.Ada yang suruh aku tunggu kat luar pejabat sampai dia habis kelas,bila tiba masa dia kata nak pergi minum.Berjam2 aku tunggu kat depan muka pintu pejabat tu.Biasanya lepas kelas aku akan tunggu dan jumpa pensyarah subjek tu.Seminggu jugalah aku berkeadaan begitu.Sampai naik jelak lah pensyarah tu tengok aku.Kesian punya pasal agaknya,dipanggil aku masuk ke pejabat.
Macam2 yang mereka tanya.Betul ke kawan2 yang lain kata nota tak lengkap? Tak sempat salin? Aku angguk mengiakan.Akhirnya,penantian aku berjaya.Untung juga aku buat muka tembok kat luar pejabat tu.Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan? Aku dapat bukan satu subjek punya nota bahkan semua subjek yang aku tak mintak pun aku dapat.Lengkap lagi.Full note.Tak payah aku nak sibuk2 salin kat depan bila time class.hehehe....Itulah balasan bagi orang2 yang bersabar..Yang paling aku bangga,bila pensyarah selalu sebut nama aku bila rujuk nota.Kawan2 aku yang lain ada yang menjeling dan ada yang buat muka pelik.Sori la sebab aku tak boleh nak berkongsi dengan korang semua nota aku tu sebab aku dah berjanji dengan pensyarah subjek.
Masa kuiz always la aku dapat full mark...hahahha...selalu gak dapat pujian. Hal nota dah selesai,tiba pulak hal kuiz.Tension aku.Banyak gak kuiz yang aku kena ambil.Mujur semua kuiz yang aku ambil semua dapat markah tinggi.hehehe...berkat nota yang diberi. Untuk assignment plak,aku beruntung sebab ada senior sebelah bilik asrama aku bagi pinjam.So,aku copy n paste la..Opss...bukan copy saja2 tau.Itu bukan cara aku.Aku copy secara smart.Kemudian aku akan paste kan dalam kepala otak aku.Dateline yang diberi,mujur aku dapat siapkan on the dot..Kalau tidak...susah la aku.Teruk la juga kan.Sebulan la aku berkurung dalam bilik menyiapkan assignment lama dan baru.Mujur semua assignment aku dapat full mark.hehehe....
Untuk first sem,pointer aku kira tinggi lah juga...three point something laa... Mula2 aku dapat course nie,aku dah putus asa dah.Iye la mana pernah dengar Ukur Tanah.Arwah ayah aku kata elok sangat la aku dapat sebab aku gemar masuk hutan.Jadi memang sesuai la dengan jiwa aku.Mula2 belajar memang aku blur..nak menangis pun ada sebab tak fahamkan.heheh...tapi bila dah mula wat keje padang,perghhh...jatuh cinta beb! Kata Aris Ariwatan,tak kenal maka tak cinta.Aku mengiyakan kata-kata arwah ayah aku.Memang kena dengan jiwa aku.
Ada kisah sebenarnya kenapa aku menangis bila dapat course nie.Nanti aku akan cerita bila kena dengan masanya.Satu semester je aku lepak kat asrama.Masuk sem kedua, aku pindah duduk di rumah sewa.Sebelum aku dapat masuk Politek nie,ka aku pernah belajar kat Kolej Lagenda? emm..aku belajar just for one sem.Lepas tu aku berhenti sebab aku kesian denkat arwah ayah masa tu..belanja dah la mahal.Mujur aku pandai berjimat cermat.
Aku kat Langkawi dulu terpaksa ikat perut.Pernah seminggu aku tak makan sebab aku nak jimat duit.Tapi,aku tak sia2kan ikat perut tu.Aku berpuasa.Betul2 aku berbuka hanya dengan segelas air je.Terkeliur juga bila melihat kawan2 aku makan nasi berlauk.Ada yang nak belanja tapi aku tolak.Malu beb...aku tak nak diaorang tahu aku tak de duit.Pada aku bukan lama pun..seminggu je.Minggu depan duit masuk.Masa aku berpuasa tu aku rajin baca surah Yaasin lepas solat.Tapi betullah,bila aku amalkan begitu,tak terasa langsung perut lapar.Aku rasa kenyang je walaupun seminggu aku tak menjamah nasi.Berkat surah Yaasin tu.
Masa tu aku muhasabah diri.Beginilah rasanya orangyang hidupnya lagi susah daripada aku.Aku mujur dapat tempat tinggal selesa.Tapi orang lain? Sudahlah makan dan minum susah.Tempat tinggal pun uzur.Aku bersyukur kerana Allah memberi aku kesempatan merasa bagaimana orang yang senasib dengan aku masa itu rasa.Sekurang-kurangnya aku dapat merasa kesusahan orang lain.Pasal tak nak susahkan arwah ayah,aku nekad untuk berhenti.Mulanya arwah ayah marah,tapi aku cakap jujur dengan arwah yang aku tak nak belajar kat sana sebab belanja mahal.Aku minta izin untuk bekerja. Macam2 kerja aku cuba.Arwah ayah tak benarkan aku bekerja,tapi aku buat perjanjian,bila aku dapat tawaran belajar aku akan berhenti bekerja.Kata ayah,takut nanti kalau aku dah sedap kerja,pegang duit sendiri aku tak nak belajar dah.
Memang betul..rezeki aku agaknya.Aku cuba apply kerja dekat Jaya Jusco,Wangsa Maju.Aku ingat dapat jadi salesgirl,rupanya jadi cashier.first time dalam hidup aku, aku kena pakai baju blouse dan kasut bertumit tinggi.hahaha...nak tergelak pun ada.aku mana lah pernah sentuh pakaian macam gitu masa usia aku meningkat dewasa.Tapi,aku tak mau kalah..sehari je aku pakai kasut tu,lepas tu aku tukar pakai kasut kulit lelaki masa aku sekolah dulu.hehe...ada yang menegur tapi aku buat bodoh je.Tak kuasa aku nak pakai kasut tumit.Nak tengok aku jatuh berguling bolehlah.Penat jadi cashier nie.Baru hari pertama kerja,aku shortkan duit sebanyak rm 36.Pelik aku rasanya betul dah aku bagi duit pulangan,tapi boleh short.Mujur ada senior yang menurunkan aku ilmu supaya tak nak bagi duit short.
Esoknya aku ikut ilmu yang diturunkan.Alhamdulillah,hari tu dan hari seterusnya aku acess pulak lagi..hehehe...Tapi itulah kalau kita kerja jujur dan ikhlas hati Allah mesti akan beri ganjaran.Hatta di atas muka bumi lagi.Masa aku jaga di bahagian man department,ada sorang hamba Allah nie beli stoking.Stoking tu berharga rm14.Dia bayar dengan wang cash rm50.Sepatutnya aku perlu pulangkan semula duit baki rm 36.Elok aku angkat je kepala nak hulurkan duit kepada brader tu terus brader tu hilang.Aku arahkan salesgirl kat situ kejar dan berikan duit bakinya,tapi gagal.Aku serba salah betul.Sebab duit bakinya banyak.
Sehingga malam aku menunggu kot-kot brader tu datang semula,tapi penantian aku hampa.Untuk hari tu aku access rm 36.Terus aku teringat.Ya Allah! Masa aku mula2 kerja dulu aku short rm 36.Sekarang aku dapat balik duit yang short tanpa perlu gaji aku dipotong.Tertanya2 juga aku..siapa ye mamat tu.Andai ada yang pernah melalui cerita ini silalah tampil.hehehe...
Ok sambung citer...
Dua bulan je aku keje kat JJ.Pastu aku terus dapat tawaran belajar kat politeknik.Memula tu aku tak nak pergi.Iye la dah sedap pegang duit.Mana tak sedap...first gaji aku dapat dalam rm896. Aku dapat paling tinggi gaji berbanding rakan2 yang sama masuk dengan aku.Gaji kedua juga begitu.Hasil dari duit gaji aku tu dapatlah aku bantu mak dan arwah ayah bayar bil elektrik dan air .Dengan duit gaji kedua pulak aku gunakan untuk membayar yuran kemasukan aku ke politeknik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.