Rabu, 22 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 5...

..sambungan...
Aku bercerita sebagai seorang remaja yang ingin merasa kebebasan.Tiba sahaja di Pulau Lagenda itu ,aku merasakan hidup aku terlalu bebas.Bebas dari kongkongan keluarga.Bebas dari bebelan mak dan ayah.Bebas dari kata-kata ejekan adik-beradik aku dan sedara mara.

Semasa pendaftaran aku terjumpa semula dengan kawan sekolah agama aku(tak payahlah sebut namakan) .Aku kenal dia sebagai gadis yang cukup lemah lembut dan kelakar. Aku terkejut juga bila melihat perubahan drastik dia.Tapi aku tak kisah.Iya lah aku juga begitu..

Cuma penampilan aku je berbeza.Kira aku dan sahabat aku nie bertukar imej la.Kalau dulu aku bergaya cam dia tapi sekarang sudah bertukar.Sungguhpun penampilan aku berubah,tapi aku tetap dengan sikap slumber rock aku...hehehe..

Kebetulan kami satu apartment.Ada seramai 13 orang penghuninya.Apartment yang kami duduk tu ada 3 bilik.Siapa yang cepat dia dapat.Diruang tamu juga ada ditempatkan katil.Loker setiap penghuni ada disediakan dalam bilik.Aku cadang lepak kat luar je.Selesai berkemas,malam itu kami berkumpul bagi tujuan suaikenal.Ketua rumah dipilih.Kak Fizah,orangnya kecil molek dan comel.Ramai yang bergelar kakak dalam rumah tu.Kira yang sebaya dengan aku cuma 4 orang je.So far,ok ler budak2 rumah aku tu.Semua sekepala.

Sebagai permulaan, kami bercadang untuk berjalan2 melihat tempat menarik di Langkawi.Kami naik kereta sewa ataupun kalau diKL di panggil teksi.Seorang rm4 je bayar.Kami bercadang ke Pantai Cenang.Saja berjalan,bersantai sambil2 mengeratkan lagi hubungan kami yang baru terjalin.

Enam bulan aku di sana.Berbagai2 cabaran dan rintangan yang aku lalui.Seperti yang aku kata pada awalnya,
jika iman tidak kuat didada,dugaan yang kecil datang menggoda pun pasti goyah.Begitulah yang terjadinya pada aku..Langkawi yang dulunya aman damai,kini riuh dengan masalah sosial remaja.Masalah pengkid,arak,
zina,pergaduhan dan sebagainya.Semua itu menjadi aktiviti yang tidak asing lagi bagi pelajar2 di sana.Aku bercerita bukan sebab nak menjatuhkan imej kolej tetapi pengalaman.

Aku pelajar first batch tahun tu.Mungkin kejutan budaya kot.Mesti ramai yang tak percaya bahawa itulah yang terjadi waktu itu. Bila semua2 tu terjadi di depan mata,aku jadi sedih dan insaf.Mujur aku tidak terlalu mengikut kata hati dan nafsu.Aku cuba elakkan diri dari bercampur gaul dengan mereka.Mujur aku ni jenis yang pandai jaga diri.hu ha hu ha aku pun kira aku tau jugak batas2nya.Prinsip aku,berkawan dengan semua orang.Yang baik jadikan tauladan,yang buruk aku jadikan sempadan.

Kalau tengok kat sana kawan2 aku boleh dikatakan semua bersosial terlampau tetapi aku kenalah pandai.Ada satu peristiwa sedih yang aku ingin berkongsi dengan kawan2 semua.Apa yang bakal aku ceritakan nanti akan menyinggung pihak2 tertentu.Tapi inilah realiti kehidupan.Terlebih dulu aku mohon ampun dan maaf dunia akhirat.Tidak terniat untuk memperkecilkan dan menghina kalian tetapi hanya sekadar berkongsi kisah untuk dijadikan tauladan dan pengajaran.
Terjadi sehari sebelum menyambut hari merdeka.Aku dah rasa tak sedap badan petang tu.Malam tu,diadakan pertunjukan pentas oleh pelajar2 dari semua jurusan.Setiap jurusan perlu menghantar wakil untuk membuat persembahan teater bahasa inggeris bertemakan kemerdekaan.Ramai gak la yang turut serta.Kawan2 aku yang bolehlah di gelarkan sebagai 'pengkid' berpakat supaya malam itu mengenakan pakaian baju melayu dan awek2 mereka berbaju kurung la. Aku terkejut juga mendengarnya.Tapi aku buat layan tak layan.Ada jugak yang ajak join tapi aku menolak dengan cara baik.Terfikir juga aku kenapa mesti terjadi perkara2 begitu?Tidak sedarkah mereka perkara itu kan mendatangkan masalah yang besar jika pegawai HEP( Hal Ehwal Pelajar) dapat tahu?

Malam itu acara bermula.Aku turun juga saja nak bagi support moral kat kawan2 aku yang buat pementasan.Aku pening dah malam tu,ye la dari petang tadi aku rasa tak sedap badan.Tapi aku malas nak layan.Sempat la aku tengok dua pementasan malam itu. Tamat pementasan kedua,aku bergegas balik ke apartment.Kepala aku berdenyut2 semakin kuat.Badan aku berpeluh2.Sah aku nak demam.Dalam perjalanan aku ke apartment,aku terserempak dengan beberapa orang geng pengkid aku..sempat aku bertukar cerita..tak nak nanti diaorang kata aku sombong pulak.Lagi bertambah sakit kepala bila aku tengok dua orang rakan aku tu,sudah mengenakan pakaian baju melayu seperti yang dirancangkan.Berpeluk sakan mereka bersama awek masing2.Aku menahan geram dan marah.

Tak nak cari pasal,aku cuba sehabis daya untuk memaniskan muka aku,seolah2 bangga dengan apa yang mereka lakukan (hipokritkan aku) .Aku minta diri dan terus naik ke apartment.Dalam hati Allah sahaja yang tahu.Aku sedih sangat2 sebab kawan2 aku jadi begitu.Aku mandi dan terus bersolat.Lama aku berteleku di sejadah.Saat itu aku menangis semahu2nya.Aku terasa badan aku mengigil kesejukan dan kepala semakin memberat.Terus aku mencapai selimut dan berbaring di atas katil.Aku baru nak melelapkan mata,Kak Bok yang duduk serumah dengan aku balik dalam keadaan marah2.Bila Kak Bok datang dekat aku,aku bertanyakan hal kenapa dia marah?Katanya dia sakit hati bila melihat seorang rakan serumah aku dan juga kawan2 pengkid aku yang lain 'buat perangai' kat bawah.Aku sekadar membalas dengan senyuman.Fahamlah aku kenapa Kak Bok marah tadi.Aku juga berperasaan yang sama.Siapa2 pun yang melihat pasti berperasaan sama seperti aku dan Kak Bok.Tambahan pula,rakan serumah juga turut terlibat sama.

Kak Bok yang perasan keadaan tidak sihat aku terus membantu mendamah kepala aku dengan air.Katanya badan aku panas.Aku kena demam panas masa tu.Rakan serumah aku tiba2 balik dan terus meluru dekat aku.Bisiknya pada aku nak pinjam baju melayu aku.Memang aku ada sepasang baju melayu.Aku sengaja bawak untuk persediaan props drama teater group aku nanti.Aku pakai juga baju tu tapi sekadar basahan baju tidur.
Serba salah aku masa tu.Kak Bok membuat isyarat 'jangan'.Tapi rakan aku terus mendesak dan mendesak.Aku dahlah pening kepala,serabut lagi.Terus aku hulurkan kunci loker.Selepas dapat apa yang dia mahukan terus dia menukar pakaiannya.Mengalir air mata aku.Tapi apalah daya aku.Kak Bok membebel lagak seorang mak marahkan anaknya.Aku malas nak fikir panjang terus aku tidur.

Lena aku dikejutkan malam itu dengan bunyi bising suara rakan2 serumah.Aku nampak dalam samar2 mereka sedang berkumpul dan berbincang.Sayup2 je aku mendengar suara mereka.Kepala aku masih lagi terasa berat.Aku cuba memasang telinga untuk mencuri dengar perbualan mereka tetapi gagal.Tapi,aku rasa aku tahu apa yang mereka bualkan.Mata yang semakin memberat membuatkan aku lena kembali.

Esoknya dalam jam 6 pagi aku terjaga dari tidur.Badan aku masih lagi kurang segar namun aku gagahkan juga diri untuk bangun dan bersolat.Aku mandi dan bersolat.Terkejut aku bila bangun ku lihat rakan aku dan aweknya pulang dan terus tidur di atas katil di dalam bilik.Tidak diendahkan langsung aku yang ada memandang mereka.Letih barangkali..itu yang aku fikirkan.Ligat otak aku memikirkan dari mana mereka sehingga dinihari ini baru pulang.Lagi tambah terkejut aku bila mereka tidur berpelukan lagak seperti suami dan isteri.Beristighfar aku.Dalam waktu itu,sempat lagi aku bersyukur pada Allah kerana tidak membiarkan aku terus-terusan hanyut.Kak Bok bangun dan membebel melihat keadaan merpati dua sejoli tu.Paling tidak pun aku akan katakan tak usah risau.Mereka sama jenis mana mungkin mereka lakukan sesuatu yang melanggar batas agama.Sekadar tidur berpelukan begitu pada aku tidak hairan lagi sebab mereka sama jenis.hehehe...

Pagi itu teruk juga rakan aku kena bambu dengan Kak Bok dan ketua rumah kami,Kak Fizah.Tak pasal2 dengan aku2 sekali kena.Tapi tak pek la.Aku juga salah.Aku dapat tahu dari rakan serumah yang lain,rupanya geng2 pengkid tu buat pesta di bawah.Mereka dan awek masing2 dok melepak di bawah sambil berpelukan.Lagak uda dan dara la..Kemudian tak cukup dengan itu ada yang kata mereka mabuk dan duduk serumah dengan awek masing2 dan melakukan perkara yang tak senonoh.

Aku tak percaya pada mulanya.Tapi bila aku mendengar sendiri pengakuan dari rakan aku,nak pengsan pun ada.Nauzubillah..sampai begitu sekali tahap perbuatan mereka.Tidakkah mereka sedar perbuatan itu sama sekali dikutuk oleh Allah? Kata rakan aku ,sebab itu dia dan aweknya lari dan balik ke apartment untuk tidur sebab tak sanggup melihat kelakukan mereka.Aku bersyukur kerana rakan aku itu tidak turut terlibat dengan hal2 yang sebegitu.

Perhatikanlah kawan2..Beginikah sikap anak2 bila duduk berjauhan dari keluarga?Tiada kongkongan dan perhatian? Kerana kebebasan yang diberikan itulah membuatkan ramai remaja zaman kini hanyut.Didikan agama yang kurang juga merupakan aspek utama kenapa perkara sebegini berlaku.Aku yang dapat didikan agama penuh pun kadang2 tergelincir juga dari landasan.Tapi,mujur aku cepat tersedar sebelum aku terus hanyut dan hanyut.Mungkin berkat doa ayah dan mak agaknya.
Kenangan bersama rakan serumah di Kolej Lagenda,Langkawi sekitar tahun 1998




















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.