Rabu, 22 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 4...

Tahun 1998
Aku studi kat Kolej Lagenda,Langkawi masa ni. Aku ambil kursus bussiness.Tak terjangka dek akal.Manalah aku minat.Disebabkan masa aku tu dah susah nak diterima masuk ke Universiti,arwah ayah putuskan suruh aku sambung belajar di sana. Dapat je result SPM ,aku terus apply Politeknik dalam jurusan Insurans dan juga Graphic Design.Tapi tak dapat jawapan lagi masa tu.Kolej nie pun kira Francais Uitm la..Kalau tak arwah ayah takkan benarkan aku belajar. Aku ada juga apply Cosmopoint.Masa tu baru ditubuhkan.Aku nak ambil course Grafik tapi arwah tak benarkan sebab masa tu sijil Cosmopoint tak di ikhtiraf lagi.
Aku ni menurut je kata orang tua. Apa yang dirasakan baik untuk aku,ikut.Kadang2 ada jugak yang aku bangkang...hehehe...Mahal belanjanya.Maklumlah sebulan je menelan belanja rm2000 tau.Masa zaman aku rm2000 tu kira banyak lah tu.Banyak juga pengalaman yang aku dapat.Maklumlah berada di rantauan orang ni kenalah pandai2 jaga diri.
Hidup di Langkawi memang perit.Di sini terlalu banyak yang aku belajar.Dalam pada itu aku sentiasa muhasabah pada diri.Aku nilai semula diri aku dan bandingkan dengan kawan2 yang aku jumpa.Terlalu kerdil diri ini aku rasakan.Kalau tak cukup iman didada memang boleh rosak. Boleh dikatakan semua yang datang belajar di Kolej ini 90% daripadanya telah rosak.Terlibat dengan masalah gejala sosial yang terlalu teruk.Hinggakan penduduk Langkawi sendiri mencemuh dengan kedatangan pelajar ke Kolej tersebut.
Berdasarkan pengalaman aku sendiri semasa berada di sana.Andai ada kawan2 aku yang turut berada disana pada waktu itu aku mohon maaf sekiranya luahan ini membuatkan kalian terasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.