Rabu, 22 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 2..

Tahun 1997..

Nie gambar masa aku mengikuti Program Khidmat Sosial Negara.Lebih kurang cam PLKN la sekarang nie. Aku batch pertama yang pergi.Masa tu baru tamat SPM. Dah tak de kerja aku join Belia 4B.Masa tu kan tengah famous dengan Program Rakan Muda.Macam-macam rakan muda aku masuk.Tapi hampeh je aktiviti.Aku aktif belia nie pun sebab ikut member aku Net masa tu,ada kursus kat Ulu Yam.

Kira seronok la.Aku memang minat aktiviti outdoor ni.Dari situ aku terpilih untuk menyertai PKSN nie.Nak cerita aku terima surat tu masa jamuan raya kat umah ayah aku.Aku dapat surat ,melompat suka la.Tapi masalah utama aku masa tu adalah arwah ayah aku la.Arwah memang tak bagi sangat aku join aktiviti macam tu.Maklumlah aku kan masa tu dah jadi budak tomboy.hehehe...

Dalam surat tawaran tu aku kena mengikuti program selama sebulan di Morib,Selangor.Dalam keberatan tu,arwah ayah aku bagi juga sebab ada baiknya aku pergi dari aku dok melepak buat taik mata kat umah kan.

So far,memang tak rugi aku pergi.Sebulan di sana aku dapat belajar macam-macam perkara.Kebanyakkan remaja yang pergi masa tu ramai yang mempunyai masalah sosial yang berat.Tetapi,bila dah mengikuti program nie banyak la perubahan yang aku dan kawan-kawan yang lain alami.

Aku ingat lagi masa mula-mula lapor diri kat asrama kerajaan di Morib tu aku lepak satu dorm ngan budak-budak sama set ngan aku la - tomboy.Tapi tom aku pun tak ler sampai nak kurang ajar ngan orang tua kan.Rasa hormat masih lagi ada.Aku cuma agresif pada tempat-tempat tertentu je.

Ada aweq nie (lupa dah nama) memang sengaja nak cari pasal ngan aku.Dalam satu dorm tu aku lepak di katil tingkat atas sebelah kanan.Aweq tu pulak dengan geng samsengnya dok di katil belah hujung kanan sebaris dengan katil aku.Aku perasan lama dah.Geng2 tu dok jeling-jeling kat aku tak puas hati.Aku pakai tudung dah masa tu.Tapi kat dorm aku tak pakai la. Satu hari masa aku tengah basuh baju kat bilik air pernah budak-budak nie kutuk2 aku pastu saja je campak sabun dan air kat aku.Aku sabar lagi tak nak gaduh.Aku teringat lagi pesan arwah ayah masa tu.Jangan cari pasal.

Budak2 nie makin galak la kacau aku sebab aku tak melawan.Aku sidai baju kat beranda,diaorang ambil dan campak ke bawah.Aku rendam baju aku kat dalam baldi, diaorang buang air dan gantikan air jamban letak kat dalam baldi aku.Aku sabar lagi.Geng2 tu sorokkan selipar aku masa aku tengah solat jemaah maghrib di surau dan campak dalam tong sampah, aku sabar lagi.

Bila time makan geng2 nie sengaja ambil air aku dan minum.Pastu tempat tidur aku yang dah aku kemas diaorang semakkan semula sampai aku kena denda dengan fasilitator.Aku sabar lagi.

Satu hari tu,malam sebelum tidur,geng2 nie bantai merokok dalam dorm.Budak dorm lain tak berani nak kata apa la.Semua takut.Sambil diaorang hisap rokok tu diaorang sengaja la kutuk2 aku.Masa tu aku cukup hilang sabar betul.Iye la kesabaran manusia ada batasnya,iye dak.. Nak tau aku buat mende..?...bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.