Rabu, 22 Julai 2009

Siapa Aku?

25 Jun 1980

Tarikh dimana aku dilahirkan tepat jam 4.25 petang. Mak kata mula-mula ingat aku lelaki tetapi tengok-tengok perempuan.Itulah kuasa Allah.Kalau tengok muka aku time nie pun adalah sikit-sikit muka boy tu.Actually dalam ramai adik beradik memang aku ni ganjil sikit.Baik perangai juga rupa aku.Yang bestnyer masa tu mak n ayah dah siap pilih nama untuk aku. Mohd Roslin bin Mohd Yassin.Dah keluarnya perempuan terus la tukar nama tu menjadi Rosliana Mohd Yassin. Emm..tak caya ek...ce tengok gambar kat bawah nie...

Ha...yang nie pulak gambar masa aku berumur 8 tahun. Disebelah aku tu adik beradik aku la.Masa nie kami baru 5 beradik. Bandingkan muka aku dan adik beradik yang lain, kan berbeza..Masa ni mak kata aku nakal sangat..tak pandai bergaya pun..itupun kena paksa pakai baju gitu..Kelakar lak tengok gambar aku masa nie..Feminin habis...hehehe...Bayangkan dalam 5 beradik ,aku seorang je yang mempunyai kumpulan darah O. Adik beradik aku yang lain semua dari kumpulan darah A dan A+. Mana aku nak caya aku nie anak kandung mak dan ayah aku.Dahlah rupa lain..perangai dan darah pun berbeza.Tapi masa ni aku tak tahu apa-apa lagi..Budak mentah sangat...

Pernah waktu aku remaja, aku selalu sakit. Pengsan disekolah adalah mainan aku masa sekolah dulu.Siapa yang satu sekolah ngan aku tahulah cerita nie.Bila check darah ngan doktor,masa tu baru aku tau kumpulan darah aku O.Balik rumah aku cerita ngan mak aku.Mak aku pun terkejut kenapa kumpulan darah aku O? Tapi mak diamkan je..Abang dan kakak aku yang ada masa tu kata mereka semua dari kumpulan darah A. Aku pernah bertanyakan hal ini kepada doktor.Kata doktor itu tak menjadi masalah.Tak semua anak akan memiliki jenis kumpulan darah yang sama dengan ibu dan bapa mereka.Kira kategori aku nie aku memiliki my own blood la...

Entah iye entah idak..atau dr saja nak menyedapkan hati aku.Sejak tu aku selalu diejek kakak dan abang aku.Mereka kata aku anak angkat.Sedih sangat rasanya hati.Mana tidaknya,dengan keadaan fizikal dan kumpulan darah yang berbeza menguatkan lagi andaian bahawa aku ini sememangnya anak angkat.

Aku menangis dan merajuk sampai tak makan 3 hari. Mak pujuk dan belai aku.Kata mak aku memang anak mak.Perut mak yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari. Perit jerih mak menanggung sakit nak melahirkan aku.Luluh hati mak bila aku diejek sebagai anak angkat.Ye la..hati ibu kan...heheh..Memang teruk abang ngan kakak aku tu..Sebab tu masa kecik aku selalu bergaduh dengan diaorang...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.