Rabu, 22 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 3...

..sambungan..

Aku nampak sorang geng dia masuk bilik air.Aku kejar la.Sampai kat bilik air aku bagi cukup-cukup.Teruk gak ar budak tu kena.Geng2 dia yang lain ada datang tolong.Tapi aku semacam je bagi.Nasib baik ilmu persilatan aku masih kukuh tersemat lagi masa tu.hehehe...Ada geng dorm mengadu pada fasi.Apa lagi kena panggillah kitaorang. Tapi aku tak kata apa-apa.Aku buat keputusan dengan mendiamkan diri.Itu lebih baikkan?

Paling kurangpun masa tu kena denda dan sebat.Ala..cam tak biasa...tapi at last berubah jugaklah geng2 tu.Itupun setelah di brainwash oleh fasi dan ustaz.Aku tak kena sangat sebab aku budak baik.hahaha....

Yang kat sebelah nie gambar masa aktiviti berkayak.Dalam sungai tu ada buaya tau.Masa tu aku pikir nak mancing je.Tapi awal2 fasilitator aku tu dah warning.Ini khas untuk group2 aku je.Geng DANOVA. hehhe..Banyak kisah aku dengan geng DANOVA nie..Dalam DANOVA aku digelar Sarjan. Sarjan Anjang. Kenapa aku digelar sarjan? Bagaimana gelaran itu aku dapat? Panjang ceritanya. Buat teman2 DANOVA yang ada terbaca coretan ini minta sambung ceritanya ye..hehehe...


Tapi kan...satu yang aku tak boleh lupa dan ralat sampai sekarang adalah aku tak sempat nak mohon maaf pada seseorang yang telah aku lukakan hatinya.Sememangnya peristiwa itu memberikan aku satu pengajaran yang cukup mendalam.


Aku seorang yang cukup panas baran.Cepat marah dan melenting bila ada yang cuba mengganggu emosi aku. Kisah nie berlaku semasa kursus PKSN nie.Geng2 DANOVA juga tahu kisah ini. Aku bergaduh dengan seorang kawan yang kami panggil Apek.Bukan cina tapi melayu.Puncanya cuma sikap tak puas hati antara satu sama lain.Kami diberi tugasan untuk membincangkan tentang isu pengorbanan seorang ibu.Masa tu ramai yang beri pendapat masing2.Aku tak suka dengan pendapat yang diberikan oleh Apek.Seolah2 dia menjatuhkan maruah seorang ibu.Dia seperti mencela ibunya sendiri.Aku menahan kesabaran.Masa kami berehat diluar kelas,Apek buat hal lagi.


Kata2 yang membuatkan darah aku naik meluap2.Apa lagi penumbuk sulung aku berikan padanya.Dia juga membalas yang sama pada aku tetapi sempat aku mengelak.Pergelutan berlaku hinggalah kami dileraikan oleh Fasilitator.Teruk kami kena marah.Sepanjang tempoh seminggu di situ aku dan Apek diasingkan.Sungguh aku tak boleh maafkan setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya.


Akhirnya sehingga tamat program aku dan dia masih lagi tak bertegur sapa.Asal bertemu p andang pasti perasaan dendam yang terpancar pada mata aku dan Apek.Hinggalah satu hari sebulan selepas itu,aku terkejut teramat sangat menerima berita kematiannya (Apek) akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya.


Aku terduduk bila mendapat berita kematiannya.Sedih kerana ada yang tidak selesai antara aku dan arwah.Sehingga ke hari ini bila aku mengenangkan semua itu,aku jadi sedih dan ralat kerana aku tidak sempat memohon kemaafan kepadanya.


Pengajaran dari pengalaman... kalau kita dah buat salah dengan orang..cepat2lah kita minta maaf..tak rugi kalau kita buang ego kita tu...sebabnya kita tak pasti samada esok atau lusa mungkin kejap lagi kita akan kembali kepadaNYA..Salah dengan Allah kita boleh lakukannya dengan bertaubat dan memohon keampunan kepadaNYA..tetapi kesalahan dengan manusia sampai akhirat kita takkan habis kalau orang itu tidak memaafkan..entah aku sudah dimaafkan atau tidak? Hanya Allah sahaja yang tahu...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.