Khamis, 29 Oktober 2009

Siapa Aku? - bahagian 16

Selepas 2 bulan aku bercuti berpantang,aku kembali bertugas tetapi bukan di Unit SKL.Aku ditukarkan ke Unit CDS menggantikan tempat Laomi yang ditukarkan ke Unit JUBL.Aku mengemas barang apa yang patut dan melaporkan diri ke Unit CDS. Aku berjumpa dengan Encik Shahril Azahari merangkap bos baru aku.

Aku tension sebab sangka aku akan ke Unit yang aku belum pernah lagi jejaki.Ternyata tanggapan aku silap.CDS lagi....? Adoyaii..terima je la hakikat yang aku memang tak boleh berpisah dengan Unit itu.Aku di amanahkan untuk membuat siasatan lot-lot yang hilang dalam PDUK dan juga lot-lot yang tidak sama dengan yang ada pa Pelan Akui (PA).Selain itu aku juga membuat kerja-kerja siasatan bagi lot yang tak closed.

Bukan mudah untuk aku nak menyesuaikan diri di tempat yang baru bersama warga CDS yang baru.Kalau di KL aku bekerja seorang tetapi di Pahang ni aku bekerja dengan ramai orang.Maaf la aku kata sehingga kini aku masih lagi menyendiri kerana aku tak boleh lah nak masuk dengan cara orang-orang Pantai Timur ni berfikir.Tak tahulah mungkin sebab aku dah terbiasa hidup dengan masyarakat yang 'open minded' tiba-tiba aku berdepan dengan mereka-mereka yang pemikirannya terlalu 'ketimuran'.

Aku jenis boleh masuk dengan semua.Kata orang tua-tua "Masuk kandang lembu mengembu,masuk kandang kambing kita mengembek kan? dan masuk kandang ayam,kita sembelih bikin KFC"..hahaha....

Terus terang aku kata tahun-tahun pertama aku di Pahang memang cukup membosankan.Aku tak de kawan rapat yang boleh ngam dengan kepala aku kan..pastu cara dia orang nie kalau pegawai kawan dengan pegawai je.TA kawan dengan TA..dan kalau technichian tu kawan dengan geng-geng tu je kan..Kira macam tak layak lah nak kawan dengan orang kelas-kelas dan orang bawah-bawah nie. Pelik aku kenapa perlu ada pemikiran yang begini dalam masyarakat kita sekarang ni?

Aku tak peduli pun.Aku layan dia orang semua sama jer. Tak de yang beza pun.Melainkan kalau bos tu maybe kena kurangkan lah sikitkan.Tapi kalau di KL bos boleh lagi lepak makan semeja dengan orang-orang bawahnya.Tapi kalau di Pahang nie tak boleh kerana golongan bawahan nie tak layak la nak buat macam tu.Gila kan?

Aku tak boleh nak hidup kalau dengan orang yang berfikiran macam nie...Aku bukanlah jenis yang sosial sangat.Tapi kalau setakat nak bergaul tak kira la kan dengan sapa-sapa pun.Akhirnya, aku putuskan untuk bersendiri sahaja.Tapi tak bermakna aku sombong.Aku bergaul juga dengan mereka cuma tak serapat kawan-kawan aku di KL la.

Di CDS aku sibuk dengan kerja-kerja siasatan dan dalam masa yang sama aku uga membantu pegawai Juruteknik Kanan untuk melakukan kerja-kerja updating lot-lot ke dalam PDUK.Dalam sejarah juga tahun itu kerana aku buat pertama kalinya di tugaskan oleh bos aku untuk membuat paper bag. Aduhyai...pening aku.Ingat kalau dah pindah ke Unit baru tak perlu lagi dah nak pikirkan tugas-tugas sampingan ni.Mujur bos aku expert dengan program Photoshop.Banyak juga yang aku belajar dengan bos aku tu.senang bekerja dengan dia sebab dia tak banyak 'songeh'.Terima je apa saja idea aku.Kemudian dia akan tambah sedikit idea dia untuk memantapkan lagi design paper bag aku tu.

Aku akhirnya berjaya menyiapakan paper bag itu hasil bantuan bos aku.Bukan setakat itu sahaja.tiap-tiap tahun jabatan akan menyambut Hari Kualiti.So,untuk hari Kualiti kali ini bos suruh aku reka satu sajak khas berkaitan tema Hari Kualiti pada tahun itu.Terkejut aku.gila....!!Hari tu suruh aku buat design paper bag kali ni suruh aku cipta sajak pulak?

Lagi bertambah pening kepala aku.Nak mengarang lagi satu hal.Mujur la aku nie jenis otak seni sikit.hahaha...bab ayat jiwang aku boleh la dapat idea cepat..tapi ni nak kena guna ayat patriotik ni susah la sikit.hehehe....Tapi aku sahut cabaran itu.Bukan setakat suruh aku cipta sajak malah bos besar suruh aku baca sajak sekali....memang keje giler betul la.

Kat sini aku akan uploadkan sajak yang aku cipta tu...:














Inilah dia hasil sajak pertama kali yang aku cipta...hehhe...kira boleh lah kan...

Siapa Aku? - bahagian 15

1 Ogos 2005..

Tarikh keramat aku pindah ke Jupem Kuantan.Aku ditempatkan ke Unit SKL iaitu Surihan Kerja Luar.Aku menggantikan tempat Zamri yang berpindah ke Sarawak atas kenaikan pangkat ke J36.Memula tu boring ar juga dok kat unit tu.Sebab kerja tak banyak.Aku dah biasa masa dok kat unit CDS dulu banyak keje yang menanti sampai tak cukup tangan..tapi bila dok kat unit SKL ni goyang kaki je banyak.hahaha....

Aku 'lepak' kat unit SKL sekejap je. Tapi di Unit SKL la aku mula melakukan kerja yang tak de kaitan langsung dengan bidang ukur nih.First job yang aku terima kena buat poster dan replika cek untuk Hari Kualiti nanti.Jenuh aku nak membuatnya.Manalah aku tahu nak buat.Kata bos guna program Photoshop.Terkejut aku lagi la aku tak pandai.Kenal pun tak apa itu photoshop.

Mujur juga kat unit tu ada seorang pakar dalam program photoshop tu. Ahmad namanya.Aku panggil dia Abang Mat. Dengan dia lah aku banyak menuntut ilmu.Dengan bantuan Abang Mat alhamdulillah siap juga replika cek dan juga poster.Sebenarnya aku hanya memerhati dan belajar cara Abang Mat buat.Yang mereka dan membuatnya adalah Abang Mat.Aku cuma bagi idea sikit-sikit je.Tapi yang tak sedapnya aku lak yang dapat nama.Banyak kali dah aku canang nama Abang Mat tapi bos aku masa tu canangkan nama aku.Kesian kat Abang Mat.Lembu punya susu,sapi yang dapat nama...

Biarlah cerita aku tu dulu..Aku nak cerita masa aku dapat tukar ke Kuantan,aku duduk dengan mentua aku di Semambu. Bila aku dah pindah ke Kuantan baru aku beritahu suami aku yang aku mengandung.Terkejut suami aku bila dapat tahu aku mengandung.Keluarga mentua aku lebih lagi.Maklumlah cucu sulung.Aku dijaga rapi.Boleh dikatakan semua kerja mak mentua aku tak bagi aku buat.Tapi aku selamba je.Aku tak biasa kalau duduk saja.Aku tak tahu la mungkin semangat anak agaknya waktu tu aku rajin buat kerja.Tak duduk diam.Ada saja kerja yang aku buat.Tapi yang paling ketaranya aku minat betul tengok bola sepak.Asal ada perlawanan bola sepak akulah 'hero'nya yang duduk di hadapan tv.hehehe...

Mentua aku harapkan aku dapat anak perempuan ,ye la keluarga suami aku semuanya lelaki.Tapi aku beritahu mentua aku yang aku rasa anak aku lelaki.Naluri seorang ibu.Anak aku yang sulung nih tak berapa aktif sangat dalam perut.Siang dia tidur,malam baru aktif.Kata orang anak sulung nih kita tak tahu ragamnya lagi kan.Bila usia kandungan aku dah menginjak ke 8 bulan,anak aku kurang gerak.Merasa la aku masuk hospital 3 hari. Risikonya takut budak meninggal dalam perut.Tapi alhamdulillah..kata doktor anak aku aktif cuma aku je tak rasa sangat.

Aku ambil keputusan nak bersalin kat KL.Sebab masa tu mentua aku sibuk berniaga.Aku tak nak susahkannya.Lagipun aku lebih senang kalau mak aku sendiri yang jaga.Seminggu sebelum bersalin aku dah cuti dan balik ke KL.Ikut due date aku 10.2.2006.Tapi aku awal 5 hari sebelum due.Malam sebelum aku bersalin tu aku rasa sakit sangat perut dan pinggang.Mula-mula aku bercadang nak bersalin di Hospital Selayang.Bila pergi ke sana ,pintu rahim aku baru buka 1 cm.Kata doktor lambat lagi.Dia suruh aku balik dulu..Yang paling aku benci dan marah bila doktor di situ mengatakan aku tak dibenarkan bersalin di situ.Alasan mereka katil penuh dan doktor bertugas pun tak ramai.

Berjam-jam aku menanti.Bayangkanlah dari pagi sampai ke malam aku menanti.Perut aku semakin menyucuk sakit.Aku terus menahan.Tak terlepas dari bibir aku membaca zikir.Aku semakin tak duduk diam.Semakin menyeksa sakitnya.Aku berdoa dalam hati semoga aku selamat melahirkan anak sulung aku.Masa itu aku ditemani abang dan mak aku.Aku semakin resah dan gelisah.Mula timbul rasa marah bila aku tengok nurse di situ buat tak endah dan tak peduli dengan keadaan aku bila mak dan abang aku maklumkan pada mereka.

Aku terpaksa menanti kad merah iaitu kad rawatan bulanan untuk ibu mengandung di pulangkan.Aku jadi marah terus aku pergi ke arah kaunter dan serang nurse yang bertugas masa tu.Dalam keadaan emosi yang tak stabil aku terus meminta nurse memulangkan kad rawatan aku dengan segera.Katanya doktor tak tandatangan lagi.Entah apa yang merasuk aku,aku terus memaki hamun dengan mengatakan peduli hapa aku dengan doktor.Ingat besar sangat ke kuasanya.Dah berjam-jam aku tunggu sampai sudah kad rawatan aku tak dipulangkan.Aku terus mengamuk dan menghempas semua barang yang ada kat situ.

Aku mengugut untuk laporkan hal itu kepada pihak atasan.Paling tidak pun maklumkan pada surat khabar betapa kurang ajarnya pekerja-pekerja di Hospital Selayang.Aku terus masuk ke bilik doktor dan mencari sendiri kad rawatan aku.Dapat sahaja aku terus keluar dari situ.Masa tu jangankan nak berjalan,nak melangkah pun tak boleh.

Aku beristighfar berulang kali.Dengan kekuatan tenaga yang ada aku berusaha juga melangkah menuju ke kereta.Masa aku nak bersalin dah sampai agaknya.Malam itu juga mak aku tegas untuk baawa aku ke klinik swasta. Abang aku bawa aku ke Hospital Damai di Taman Melawati berhadapan sahaja dengan rumah mak aku tapi di tolak mentah-mentah.Menurut mereka aku tak de rekod perubatan disitu jadi mereka tak berani nak tanggung risiko jika berlaku apa-apa nanti. Abang aku terus mendukung aku semula masuk ke dalam kereta dan membawa aku ke klinik yang berdekatan.

Sampai di Poliklinik Kotaraya,aku daftarkan diri di situ.Terus aku disuruh salin pakaian dan masuk ke labour room.Di situ aku diperiksa dan kata nurse pintu rahim aku baru buka 2 cm.Mungkin lambat lagi nak bersalin.Mak disuruh oleh nurse pulang.Memandangkan aku seorang sahaja pesakit di situ akulah yang menjadi keutamaan.Malam itu aku diberi ubat penahan sakit.Dapat la lelap sekejap.Tiba-tiba aku terasa sakit yang amat sangat.

Aku memanggil nurse yang bertugas.Aku di suruh masuk ke labour room sekali lagi.Masa tu jam menunjukkan pukul 6 pagi.Pemeriksaan dilakukan dan nurse kata dah buka 3 cm pintu rahim aku.Bermakna bila-bila masa sahaja aku akan bersalin.Ya Allah! Sakitnya Allah sahaja yang tahu.Nurse maklumkan pada keluarga aku tentang keadaan aku yang akan bersalin bila-bila masa sahaja.Ketua jururawat iaitu Kak Kam berusaha menenangkan aku.Aku disuruh membaca doa yang tertera di dinding bilik itu.Di situ terdapat sepotong ayat doa semasa sakit hendak bersalin. Ayat itu membawa maksud “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim." Aku membaca doa itu berulang-ulang kali.

Aku menjenguk jam di dinding.Pukul 7.00 pagi.Aku masih lagi tak henti-henti membaca doa itu.Tubuh aku semakin lemah dan tak bermaya.Kata nurse doktor dalam perjalanan ke situ.Aku di minta nurse pusing ke kanan sebentar kerana hendak menukar kain alas.Selesai kain alas di tukar aku merasa sakit yang teramat sangat.Nurse terus memeriksa pintu rahim aku dan katanya sudah buka 5 cm.Terus dia memecahkan air ketumban aku.Masa tu aku sempat lirik pada jam di dinding sudah pukul 7.30 pagi.Kurang sikit rasa sakit yang aku alami.

Dengan perlahan aku mengiringkan tubuh aku ke kiri sebab aku dah letih menelentang.Sambil itu nurse yang bertugas berbual-bual dengan aku.Katanya lepas pecah air ketumban ni,aku akan rasa selesa sikit.Kemudian aku akan rasa seperti nak buang air besar.Bermakna aku dah nak bersalin.Elok lepas je nurse tu berkata begitu terus aku melompat telentangkan badan aku dan berkata pada nurse yang aku dah rasa sakit macam nak buang air besar dah.Apa lagi kelam kabut nurse tu memanggil ketua jururawat selaku bidan di situ.

Aku teran sekuat-kuat hati.Kebetulan doktor pun sampai.Katanya kepala budak dah keluar.Aku semakin lemah.Aku mohon pada Allah agar aku di beri tenaga untuk melahirkan anak itu.Sakit kedua menyerang dan kali ini aku teran dengan sekuat hati dan sehabis tenaga.Alhamdulillah dengan dua kali teran sahaja anak aku berjaya dilahirkan.Punyalah lega aku rasa waktu tu.

Yang aku tahu aku dengar suara suami dan mak aku serta suara anak aku.Kata doktor aku dapat anak lelaki.Ya Allah hebat sungguh anugerahmu Ya Allah! Aku terlalu lemah waktu itu.Selesai urusan aku di labour room aku terus tidur kepenatan.Aku sedar-sedar bila mak aku kejut menyuruh aku minum sedikit air milo untuk memberi tenaga pada aku.Aku kemudian diusung ke wad.Aku masih lagi lemah dan nurse meminta agar aku berehat.

Anak aku selamat dilahirkan pada 05.02.2006 tepat jam 7.45 pagi.Dalam aku tidur tiba-tiba aku tersedar bila dengar suara anak aku menangis.Aku lihat nurse sedang mendukung anak aku sambil di bawa kepada aku.Kata nurse anak aku lapar.Mahukan susu badan.Pengalaman pertama nurse mengajar aku cara untuk memberi susu badan kepada anak.Tapi anak aku tak mahu dan tak pandai.Akhirnya setelah beberapa kali cubaan dilakukan gagal,nurse berikan susu botol kepada anak aku.Selepas anak aku selesai menyusu nurse sekali lagi memberikan kepada aku.Perlahan aku menyambut dan aku tatap wajah mulus anak aku.Nyenyak tidurnya.

Sesuatu yang amat mengejutkan dan menyentuh hati aku saat itu bila aku memanggilnya dengan nama yang telah ku pilih sebelum aku bersalin,dia terus membuka matanya memandang aku.Berkerut-kerut keningnya melihat aku.Bila aku katakan yang aku ibunya terus dia menegur aku.Menangis aku sekejap.Sapaan pertama anak aku bila dia menyahut panggilan nama yang aku berikan padanya.Terus dia pejam semula matanya.Tak lekang dari bibir aku mengucapkan rasa syukur pada Allah.
Aku terus menyuruh suami aku mendaftarkan nama anak kami dengan nama Muhamad Hazim bin Mohd Hafizullah.itulah pengalaman pertama aku bila bergelar seorang IBU.

Inilah anak aku yang sulung Muhamad Hazim.

Siapa Aku? - bahagian 14

Sepanjang aku outstation ,kata orang sambil bekerja sambil makan anginkan? Itulah yang aku lakukan..Di Perak aku menetap di sebuah hotel yang aku dah lupa namanya.hehhe...Mujur aku ada teman masa tu namanya Siti Fatimah.Dialah yang bakal menggantikan tempat aku bila aku pindah ke Kuantan nanti.

Selama 2 hari kami berkampung di Ipoh. Selepas itu,kami bergerak pula ke Kulim,Kedah.Di sana kami menetap di Hotel Seri Malaysia.Sama juga 2 hari di situ kami bergerak ke Perlis pula.Haa...nak cerita sikit semasa di Perlis ni merasa la aku pergi makan ikan keli bakar yang terkenal di sana.Perghhh...!!!Memang sedap giler makan kat situ. Lagi sedap makanan tu bila bos kami iaitu Encik Ismail yang belanja.hahaha....

Kebetulan sehari sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur, salah seorang dari ahli co-group kami berasal dari situ langsung mengajak kami semua makan tengahari di rumah ibunya.Lost memory la..tak ingat nama kampung tu.Tapi memang best kira kawasan kampung nelayan la.Kami dilayan bagai kerabat di raja.Hidangan makanan pula toksah kata la sedapnya.Maklumlah ikan fresh kan..hehe...Aku masa tu tengah mengandung memang kuat makan,apa lagi bertamboh-tamboh makannya.Dengan stok muka tak malu aku selamba je makan.Bukan senang nak dapat makan macam tu lagi kan? Betul tak? Prinsip aku senang je.Rezeki jangan di tolak.Musuh jangan di cari.hehehe...

Kami bergerak balik ke Kuala Lumpur pada petang tu juga.Kira-kira dalam tengah malam juga sampainya kami ke KL.Ikut perancangan,seminggu lepas tu kami akan ke Penang pula.Sepatutnya dari Perlis terus je ke Penang,tapi ada masalah teknikal sikit kami kena pulang ke KL dahulu. Banyak pengalaman aku dapat bila ke sana.Tapi tulah namanya pun pergi atas urusan kerjakan,so tak bawa la kamera.Ruginya la kan?

Balik dari outstation tu la aku cerita aku dapat surat pertukaran ke Kuantan.Berat rasa hati aku nak tukar ke sana.Aku diberi masa selama dua minggu untuk membuat persiapan pertukaran.
Bila tak dapat minta tapi bila dah dapat tak mahu pergi la pula...Aku serba salah masa tu.Yang paling risau aku nak pindah adalah bos aku iaitu Encik Kamarul Azam.Sebab masa tu aku sorang je TA di situ dan sorang je yang buat kerja-kerja di CDS tu.Siti dia baru lagi kalau aku nak serah tugas pada dia pun.Apa boleh buat surat dah pun keluarkan.

Aku dapat panggilan daripada Encik Mazlan iaitu pegawai yang bertanggungjawab menukarkan aku ke Kuantan.Dia mahu berjumpa dengan aku personally.Aku pergi berjumpa dengan dia dan terkejut juga bila aku di soal siasat. Soalnya adakah aku dah benar-benar bersedia untuk bertukar ke Kuantan? Aku minta pandangan Encik Mazlan untuk menangguhkan pertukaran aku ke sana atas sebab-sebab banyak tugas aku yang belum selesai.Tempoh yang aku ada terlalu singkat untuk aku menyelesaikan kesemuanya serentak.

Jawapan yang aku terima dari Encik Mazlan amat mengecewakan aku.Katanya kalau aku minta tangguh nanti aku akan rugi seniority aku dalam perkhidmatan.Sebabnya setiap pegawai yang bertukar, secara automatik akan jadi seperti pegawai yang baru melaporkan diri walaupun di tempat lama aku sudah berkhidmat lebih 4 tahun.Lemah tubuh aku rasa tatkala itu.

Ada beberapa nasihat dan amanat yang Encik Mazlan beri yang samapai kini masih tersemat dalam hati aku.Aku pernah berjanji dengannya yang aku akan cuba berikan komitmen yang terbaik semasa aku berkhidmat di Jupem Kuantan nanti.Tidak ada perkataan 'tidak' untuk aku menolak sebarang pekerjaan yang bakal diberikan pada aku nanti.Aku harus terima dan berusaha menerima walaupun kerja itu sukar dan di luar kemahiran aku.

Alhamdulillah segala amanat dan nasihat yang diberikan oleh Encik Mazlan aku dapat laksanakan dengan baik hingga sekarang.Terima kasih Encik Mazlan..hehe...jasamu ku kenang...