Khamis, 7 Oktober 2010

Siapa Aku? - bahagian 18

sambungan kemuncak diri...

Lepas berakit aku sibuk pulak dengan kerja-kerja multimedia.Gambar kat sebelah ni salah satu dari berbelas poster yang aku kena buat.Ini semua penangan idea dari pengarah aku la masa tu,Dato' Mohd Noor.Beliau ni kreatif orangnya.Macam-macam idea yang beliau ada untuk naikkan nama Jupem Pahang.


Dalam masa yang sama menaikkan nama aku menjadi orang terpenting kat Jupem Pahang pada waktu itu.Siapa yang tak kenal dengan aku masa itu.Nak bangga diri kejap..aku adalah antara TA yang paling aktif dan berwibawa di Jupem Pahang..hehe...(masuk bakul angkat sendiri la aku..).


Ha...yang ni pulak gambar aku kat galeri ukur yang ada di Jupem Pahang.Ini juga merupakan idea mantan pengarah aku.Galeri ni di jaga oleh Puan Juzaila.

Ada jugalah hasil kerja aku selama di Jupem Pahang ni diabadikan di dalam galeri ini iaitu sajak-sajak yang aku cipta sempena Hari Kualiti.

Nak kata banyak tu tak la tapi ada la juga hasil sentuhan kerja tangan aku kat galeri ni.walaupun aku just saja suka-suka menyibuk tapi ada gak hasilnya kan...


Selain poster aku juga buat banner,backdrop dan bunting.Nanti aku load hasil keje aku..Nak citer banyak nanti kata aku riak plak..hahha..






Ini adalah sebahagian daripada aku punya keje la..ada lagi tapi tak leh nak upload coz ada masalah sedikit..Disamping tu aku akan masukkan juga sajak yang aku cipta untuk Hari Kualiti 2007.Sajak ni aku buat masa aku betul-betul dalam keadaan tenang.Dapat ilham ni masa aku dok lepak kat Pantai Teluk Cempedak,Kuantan.Tempat terbaik untuk aku dapatkan ilham menulis sajak ini.


MUAFAKAT BESTARI

Pertama kali ku dengar namamu
Bagaikan bergerak bibirku
Untuk bertanya apa ertinya


Pertama kali pandanganku jatuh ke wajahmu
Bagaikan terdengar resah diriku
Untuk bertanya ribuan rahsia
Yang tenggelam di dasarmu atau ratusan kisah
Yang mengalir ke muara


Telah kita siapkan rumah baru
Di atas tiang muafakat
Air,Pasir dan Simen
Dari tangan pelbagai bangsa
Negara yang tumbuh atas bumi toleransi


Telah kita siapkan rumah baru
Berwajah kebangsaan
Agar penghuni saling ramah
Rajin memberi dan menerima
Juadah kesejahteraan
Sampai akhir zaman

Persidangan membahaskan
Apa bukti kita jati?
Hidup muafakat berhemah tinggi
Akhlak mulia pakaian diri

Apa benar kita beradat?
Pantang pasukan tidak sepakat
Pantang urusan tidak seniat

Apa benar kita bertuah?
Hidup tidak melanggar sumpah
Mati tidak melanggar sunnah

Apa bukti kita terbilang?
Seluruh dunia nama dijulang
Sepanjang zaman jasa dikenang.


Maka, diatas tiang kemuafakatan
Kita bangunkan prasarana maklumat
Lebuhraya informasi dihujung jari
Melangkaunya di segenap pelusuk negeri
Tanpa lagi tercari-cari dan teraba-raba di dalam kegelapan.
Kita kini bangga menjadi warga Jupem
Suara Kita bergema di alam buana
Semua di atas kemuafakatan kita.


Di atas kemuafakatan kita
Lahir warga yang bestari
Cemerlang,gemilang dan terbilang
Di masa yang mendatang.


Bestarinya kita bukan pada nafsu tetapi pada akal
Bestarinya kita bukan pada emosi tetapi pada kesabaran
Bestarinya kita bukan pada keranjangan tetapi pada kedaulatan diri
Bestarinya kita bukan pada keegoan tetapi pada ketaatan agama
Dan bestarinya kita bukan pada nama tetapi pada maruah dan budaya bangsa.


Ketahuilah,
Muafakat membawa berkat
Muafakat perkasa semangat
Muafakat melahirkan kecemerlangan
Muafakat mewujudkan kegemilangan
Muafakat membina insan yang bestari dan terbilang
Di tahun wawasan yang bakal datang.



Di karang oleh: Olie Anjang 1127
Hari Kualiti 2007






















































Siapa Aku? - bahagian 17

-Kemuncak Diri-

Dipendekkan cerita sepanjang aku berada di Jupem Pahang ni banyak yang dapat aku belajar.Dari aku tak tahu apa-apa pasal multimedia aku jadi separa mahir dalam multimedia.Banyak gak la program yang aku pandai gunakan.Adope Photoshop,Corel Draw,Autocad,ACD See,Adobe Illustrator dan sebagainya..

Untuk tahun pertama aku di Jupem Pahang banyak gak kerja-kerja unit yang aku bereskan.Mula-mula aku ditugaskan untuk semak PA-PA dan lot-lot yang tidak closed.Kemudian aku ditugaskan pula untuk buat cleaning data for RNR Module.

Masa ni aku dah sedikit sibuk.Kerja tambahan aku juga semakin bertambah.Masuk tahun kedua aku lagi bertambah sibuk.Terlalu banyak keje yang aku kena siapakan selain dari kerja-kerja unit aku terpaksa juga membantu pihak jabatan menyiapkan tugas-tugas lain.Semuanya yang melibatkan kerja-kerja multimedia.

Dari paper bag ,aku kena cipta sajak.Kemudian aku ditugaskan untuk buat poster,banner,
bunting,layout untuk pembinaan pagar dan lain-lain.Lagi bertambah busy bila akuu terlibat dalam pameran jabatan.Merata aku pergi.Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan semasa Ekspedisi Berakit Antarabangsa yang bermula dari Temerloh ke Pekan,Pahang.

Aku ditugaskan untuk jaga pameran.Banyak gak pengalaman yang aku dapat.Selain seronok,dapat gak aku berkenalan dengan semua agensi dan jabatan yang ada di Pahang.hehe..





Ini gambar team Jupem Pahang yang baru bertolak dari tempat pelepasan yang dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Pahang.

Gambar yang kat sebelah ni pulak gambar aku bersama Pengarah Ukur dan Pemetaan pada waktu itu iaitu Dato'Mohd Noor b Isa dan juga team Jupem Pahang sebelum bertolak.

Aku jadi anak manja masa ni sebab dalam team yang jaga pameran aku sorang je pompuan.Tak termasuk Pengurus aku la.Nak tau pengurus aku untuk team pameran tu yang pakai baju merah tu..Puan Juzaila namanya...hehe...
Dia nilah yang bertanggungjawab memberikan aku banyak tugasan selepas sifu aku En.Shahril Azahari.Merangkap juga rakan aku yang akrab yang banyak membimbing dan bagi nasihat kat aku.Juga member tempat aku meluah perasaan suka dan duka dan juga member bergaduh.hahha...

Ini pulak gambar masa aku tengah bizi melayan kerenah pengunjung-pengunjung yang datang ke booth kami di Temerloh. Laku beb.Masa pameran ni aku buat Semakan Tarikh Lahir dalam bulan Hijrah.Aku siap jual lagi.Satu keping RM1.Kalu yang warna RM2.hehhe..


Kira banyak juga tau dapat selama 2 hari kami berkampung di Temerloh sebelum esoknya bertolak ke Kuala triang pula.

Lebih kurang beginilah perjalanan aku sepanjang pameran ni..

Kuantan - Temerloh - Triang - Chenor - Salong - Ganchung - Pekan - Kuantan.
Jauh perjalanan luas pengalaman.

Memang satu pengalaman yang tak boleh aku lupakan.Banyak kelebihannya kita jaga pameran ni.Kita boleh komunikasi dengan orang awam.Tambahan pulak dengan orang-orang kampung.Jangan ingat orang kampung tak de knownledge.Kadang-kadang depa lagi bijak daripada kita.Bila dah bergaul dengan orang-orang tua ni banyak yang aku dapat belajar.Selain aku bekerja aku juga belajar sebenarnya.Belajar erti kesabaran melayan kerenah mereka yang tinggal terpencil dari bandar.

Berkawan dengan budak-budak kat kampung ni lagi seronok.Macam-macam ragam.Ada yang menjengkelkan,ada yang menghiburkan dan ada juga yang menyedihkan. Semua aku anggap cam adik-adik aku belaka.

Tapi yang paling bestnya masa jaga pameran ni aku dapat merasa makan makanan orang kampung pahang ni.Depa gotong royong memasak.Memang seronok.Masuk kampung sini dapat makan macam ni.Masuk kampung sini makanannya pula macam ni.Penat toksah kata.Memang lembik badan ni dibuatnya.Jaga pameran dari pagi sampai ke petang.Tapi malam dan lagi aku cari lubuk memancing.walaupun air besor tapi seronok juga memancing.Yang paling penting kita nakkan pengalaman itu.