Rabu, 29 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 12

Berpindah ke Kuantan...

Aku baru balik dari outstation ke Utara Semenanjung masa tu.Pagi tu aku pegi kerja cam biasa la.Siapkan kerja jabatan yang tertangguh di samping membuat persediaan untuk ke Pantai Timur pulak.Dalam pada aku sibuk tu,aku dapat surat pertukaran ke Kuantan.Menurut isi surat tu,permohonan aku untuk ditukarkan ke JUPEM Pahang dah berjaya dan aku dikehendaki melaporkan diri dengan segera.Masa tu aku cuma ada 2 minggu dari waktu tu untuk aku berpindah.Terkejut aku,kata orang mungkin rezeki anak kot.hehehe...

Hah anak????!!!..Mesti korang terkejut kan? Nie yang aku nak buka cerita nie,masa aku sertai perarakan kemerdekaan tu aku baru jer bertunang.Itupun lagi 2 minggu nak merdeka aku bertunang.Bertunang dengan jejaka dari Pahang.Siapa???..Nanti aku kenalkan..

Aku bertunang 5 bulan je.Dalam akhir Januari 2005 aku tamatkan zaman bujang aku.Nak kata pilihan aku,mungkin ya dan nak kata pilihan famili juga ya...hehhe...Aku berbelah bahagi masa tu,aku berkawan kira lama juga.Aku ada dua pilihan masa tu.Seorang jejaka dari Semenyih dan seorang lagi Pahang.Aku buntu dalam membuat pilihan.Aku baik dengan kedua2nya.Aku tak terfikir pun soal nak kawin nie.Aku cuma berkawan je.Aku tanya mak aku yang mana lebih elok pilihannya untuk aku.Mak aku pilih jejaka Pahang.

Aku ok je.Tapi,aku memang tak declare apa2 la dengan jejaka dekat Semenyih nie.Just friends.Tapi dari cara jejaka Semenyih nie dia nak more than friends.Aku senang dengan dia.Kelakar orangnya,baik,dan romantis.Bicaranya buat aku tak kering gusi.Ada je.Satu lagi yang aku senang dengan jejaka Semenyih ni sikap berani dan gentleman dia.Pernah aku cabar dia jumpa mak dan keluarga aku.Dengan selamba dia sahut cabaran aku tu.Kebetulan mak aku ada buat kenduri nenek aku nak ke Mekah.Aku cabar dia datang.

Terkejut aku bila abang aku panggil kata kawan aku datang ada di luar.Aku jenguk keluar tengok jejaka Semenyih datang.Nak marah pun ada.Dari jauh dia dah tersenyum2.Suka la tu dia menang.Aku tebalkan muka masa tu.Ye la ramai sedara mara aku masa tu, jeling2 tengok aku.Sedara mara since famili aku sendiri ingat jejaka Semenyih itulah pakwe aku.Dengan selamba jejaka Semenyih nie masuk ke rumah mak aku dan menyalami mak serta nenek aku.Tercengang mereka sekejap.Tertanya2 juga siapa budak tu.Nenek tanya aku,aku jawab kawan.Yang lagi buat aku pening kepala dengan jejaka Semenyih nie,selamba je dia duduk sebelah nenek aku dan bersembang ngan nenek aku cam dia dah lama kenal je.Aduyaii....

Tapi,apa yang romantisnya aku cakap tentang jejaka Semenyih ni,asal dia datang jumpa aku memang tak akan lupa bawa buah tangan untuk aku.Yang kelakarnya,masa dia datang kenduri tu siap bagi aku bunga dan coklat.ha ha ha...terkedu aku..Dalam hati aku kata jiwang giler mamat nie..Aku tak pernah terima barang2 gitu.Masa sekolah adalah admirer yang beri tapi itu cerita lain.Ni jejaka yang dah mula menambat hati aku ni yang bagi.Malu pun ada,seronok pun ada.Ye la,dahlah sedara mara aku ramai masa tu.Adik aku sempat bisik kat aku..romantiknya abang tu....Aku hanya mengiakan kata2 adik aku.Jejaka ni memang nak kena dengan aku..

Malam tu,seperti malam2 yang lain jejaka Semenyih akan telefon aku.Biasa dia pakai public je.Zaman aku mana ada lagi budak remaja cam aku yang pakai handset.Public phone la...Banyak juga duit dia habis telefon aku.Malam tu aku dengar suara dia happy je.Iye la kemenangan berpihak pada dia.Nenek aku puji kata jejaka Semenyih baik,peramah dan...err...hensem.Hensem ke? Bagi aku bolehlah...

Aku kalau bersembang dengan jejaka Semenyih ni biasa suka sembang hal2 biasa.Nak kata bercinta..takkkkk!!!!Sembang biasa je.Jejaka Semenyih memang suka berlawak.Aku tak tahu masa bila dia serius..Kekadang selalu juga dia cakap i love u,i miss u...tapi tak membawa apa2 makna pun pada aku.Sebab bagi aku kata2nya tu lebih pada gurauan.Entah iya,entah tidak dia memang sukakan aku.Tapi ,aku dah mula sukakan dia masa tu.Cuma tak parah lagi la.Banyak kali dia ajak aku pegi umah dia jumpa dengan keluarga dia tapi aku tak nak.Belum bersedia lagi.Lagipun aku malulah.hahahha...

Ops..lupa nak bagitau.Aku kenal ngan jejaka Semenyih nie masa perarakan hari Merdeka dekat Kuantan.Kami sama2 berkawad.Dia wakil dari IKM,Pekan dan aku pula wakil dari Politeknik Kuantan. Masa tu kami just sembang biasa je.Kata kawan2 aku kami cam adik beradik. Kami sempat bertukar2 alamat dengan dia.Bagi aku nak berkawan apa salahnya kan? Lepas dari pertemuan pertama tu aku dan dia tak berhubung pun.Kalau ada pun cuma sekali je la berutus surat.Lepas tu senyap je..

Kami bertemu semula selepas insiden ayah aku meninggal.Petang tu aku tengah siapkan lukisan kejuruteraan aku di rumah sewa.Sambil buat kerja aku dengar walkman.Tiba2 kawan serumah aku meluru masuk ke dalam serang aku.Terkejut aku.Dia kata kembar aku datang.Pelik aku.Masa bila pulak aku ada kembar.Member aku Ipah cerita serba sedikit tentang jejaka tu.Tapi tak ingat nama.Aku segera keluar untuk melihat siapakah gerangan jejaka yang dimaksudkan? Terkejut beruk aku bila aku lihat Jejaka Semenyih datang dengan kawannya.Fikir aku apa mimpi dia datang? Kami duduk di bawah anak pokok kelapa di luar rumah.Aku bertukar cerita dengan dia.Tiba2 aku jadi terkejut bila dia tanya tentang ayah."Ayah sihat?" Terkelu aku bila di soalkan ayat itu.

Berubah kejap emosi aku waktu itu.Maklumlah baru sebulan insiden itu berlaku.Aku bila soal ayah dibangkitkan pasti mengalir air mata aku.Perlahan aku jawab ayah baru meninggal.Setitik dua air mata aku menitis.Aku terkejut bila melihat dia juga turut menangis.Aik,macam ayah dia yang meninggal.Aku tanya juga kenapa dia menangis.Pelik aku bila aku dengar dia hanya menyebut perkataan Allahuakbar berulang2 kali.

Aku juga terkejut bila mendengar penjelasan dari Jejaka Semenyih.Katanya,dia tak boleh tidur malam tu,tiba2 teringatkan aku.Dan,katanya dia mendapat mimpi yang aku sedang bersedih sebab ayah aku meninggal.
Pelikkan?Apa tandanya ya? Sebab itu ,malam itu juga dia menyelongkar laci mejanya untuk mencari alamat rumah sewa aku.Bila dah dapat malam itu juga dengan menaiki motor,dia bergegas datang ke Kuantan dengan ditemani sahabatnya.Dia sendiri tak tahu kenapa?Tapi,gerak hatinya kata dia mesti berjumpa dengan aku.Rindu pun ye,katanya.

Sejak pertemuan semula aku dan Jejaka Semenyih tu,kami jadi rapat dan sering berutus surat.Bila pulang ke KL pun mesti bersama.Pernah aku pulang ke KL semasa cuti semester,terserempak dengan dia di Terminal dan kebetulan pula kami satu bas.Kebetulan kawan aku ikut pulang ke KL.Dia sanggup tukar tempat dengan kawan aku semata2 nak duduk dengan aku.Tanpa pengetahuan aku pulak tu.Masa bila dia berpakat pun aku tak tahu.
Sikap perihatin dia tu buatkan aku jatuh sayang pada dia.Tapi rasa sayang aku tu hanyalah sayang sebagai seorang kawan.Berkali juga aku bertanya diri aku kenapa aku tak boleh menyayangi diri dia melebihi dari seorang kawan.Aku tiada jawapan untuk itu.

Dalam waktu yang sama aku berkawan pula dengan Jejaka Pahang.Sikapnya ini berlainan dengan Jejaka Semenyih.Pemalu orangnya tetapi rajin dan bertanggungjawab. Puncanya aku dan Jejaka Pahang boleh berkawan berpunca dari rakan serumah aku yang begitu meminati dan mengilai Jejaka Pahang ni.Aku dijadikan orang tengah untuk menyampaikan hasrat kawan aku tu kepada Jejaka Pahang.Kirim salam ke,utus surat ke aku la orang tengahnya. Aku tak rasa apa2 pun masa tu.Sebab aku dah ada Jejaka Semenyih.

Aku kenal dengan keluarga Jejaka Pahang sebab..keluarga dialah keluarga angkat aku yang aku pernah ceritakan di episod lepas. Tapi waktu tu,aku rapat dengan adiknya Gee.Selalu ajar anak2 makcik jiran aku tu buat kerja sekolah.Masa bila si Jejaka Pahang ni suka dekat aku pun aku tak tahu. Aku selalu tolong makcik Zuraida tu berniaga.Kan aku pernah cerita aku kerja part time malam tu..dengan makcik Zuraida ni lah.Jejaka Pahang ni sebaya dengan aku.Rupanya keluarga makcik Zuraida ada agendanya sendiri.

Aku dicadangkan untuk dijadikan menantu.Serba salah aku bila hasrat tu sendiri disampaikan oleh makcik Zuraida.Sukar untuk aku menerima dan menolaknya.Keluarga makcik Zuraida sudah terlalu banyak membantu aku.Kira aku nie terhutang budi la dengan keluarga makcik Zuraida ni.Mula tu,aku terima Jejaka Pahang ni sebagai kawan je.Sebab aku terfikirkan kawan aku yang minat gila dengan Jejaka Pahang ni.

Aku dalam dilema.Antara sahabat dan juga keluarga.Aku tak sanggup nak lukakan hati kawan aku tu.Tapi dalam masa yang sama makcik Zuraida kata anaknya sukakan aku bukan kawan aku.Alamak..serba salah aku dibuatnya.Satu hari nak dijadikan ceritaatau juga takdir aku,aku diserang demam panas.Hampir 2 minggu lamanya aku tak ke kuliah.Selama 2 minggu itu jugalah aku menetap di rumah makcik Zuraida.Dialah yang menjaga makan dan minum aku menggantikan mak aku yang jauh di KL.

Kalau korang nak tahu,yang sebenarnya menjaga makan dan minum aku waktu itu adalah anak makcik Zuraida tu sendiri iaitu Jejaka Pahang.Dialah yang suapkan aku makan,basuhkan kain baju aku yang kotor,dan dia jugalah yang bantu mengelap tubuh aku tatkala aku terlantar sakit.Dalam tempoh itu jugalah dia bercuti semata2 menjaga aku.Dia jaga aku seperti ahli keluarganya sendiri.Peristiwa yang aku tak boleh lupa,bila aku pengsan,menurut kawan2 aku dialah yang mengangkat dan mendukung aku keluar masuk kereta untuk dihantar ke hospital.Lagi membuatkan aku terharu saat tubuh aku lemah tak bermaya,dia menangis teresak2 di sisi aku kerna tidak sanggup melihat aku menderita saki begitu.

Aku tegaskan pada kawan2 aku jangan beritahu keluarga aku sebab aku tak mahu mak aku risau.Tapi bila melihat keadaan aku yang teruk,terus Jejaka Pahang itu sendiri yang menelefon dan memberitahu keadaan aku pada keluarga aku.Petang itu,mak dan kakak aku datang menziarah.Terkejut aku dengan kehadiran keluarga aku.Mak aku lihat sendiri bagaimana Jejaka Pahang berkorban menjaga aku.Sebab tulah mak aku putuskan Jejaka Pahang sebagai jodoh aku.

Aku mulanya sukar juga nak menerima,tapi setelah aku lihat sendiri pengorbanan yang dilakukan Jejaka Pahang dan keluarganya pada aku buatkan aku mengalah dan menerima pilihan hati mak aku. Tapi bagaimana dengan Jejaka Semenyih? Dalam waktu yang sama aku masih lagi berkawan dengan kedua2nya.Dalam pada itu,aku cuba memandingkan kedua2 jejaka.Ternyata setiap mereka ada kelebihan tersendiri.

Tapi,itulah kalau dah dikatakan jodoh.Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri.Mungkin beginilah pertemuaan jodoh aku dengan Jejaka Pahang.Akhirnya kami disatukan,setelah berbagai dugaan dan rintangan kami lalui bersama selama 6 tahun.Tapi tempoh itu belum cukup untuk kami mengenali hati budi masing2.

Aku tahu bila pilihan sudah dibuat,pasti akan melukakan hati pihak yang satu lagi.Ternyata Jejaka Semenyih memang betul2 menyintai dan menyayangi aku.Kata2 yang aku selalu anggap sebagai gurauan adalah luahan rasa hatinya selama ini.Tapi apa yang mampu aku lakukan? Aku tersepit dengan sikap perihatin dari seorang kawan dan juga rasa terhutang budi juga nyawa dari pihak satu lagi.

Aku terpaksa berterus terang dengan Jejaka Semenyih.Ternyata luahan hati aku membuatkan dirinya kecewa teramat sangat.Hinggakan dia pernah berjanji dengan aku,walau apa pun yang jadi satu hari nanti pasti aku kan jadi miliknya.Aku hanya menganggap kata2nya terluah hasil dari perasaan geram dan marah.Tapi aku lihat,Jejaka Semenyih ternyata seorang yang cool.Sungguhpun hatinya terluka dengan pilihan yang aku buat,dia masih lagi sudi berkawan dengan aku.Yang nyata,dia kawin dulu sebelum aku.hehehe...

Perkara yang buatkan aku tak boleh lupa bila dia tiba2 menelefon aku di saat lagi beberapa jam dia akan di nikahkan.Diluahkan kata2 yang meruntun jiwa aku.Aku tak boleh lupa bila dia kata,dia kawin sebab sengaja nak buat aku jeles dan marah,tapi ternyata aku tidak.Malah aku mendoakan lagi kebahagiaannya.Dia juga kata,dia takkan melupakan kenangan manis antara aku dan dia sampai bila2.Aku juga.Dia juga membuat pengakuan,bahawa perkahwinan ini bukanlah atas permintaannya.Dia masih sayangkan aku.Sampaikan sanggup dia mahukan anak2 aku dan dia di satukan sebagai ganti aku dan dia.Kelakarkan....

Aku buat perjanjian dengan dia.Sekiranya benar dia betul2 sayang dan cintakan aku,seeloknya selepas ini janganlah dia menghubungi aku lagi.Benar..hingga kini aku tidak menerima apa2 berita tentang dirinya.aku tetap takkan lupakan kenangan aku dan dia...

Pelikkan perasaan cinta ini....?














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.