Rabu, 29 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 13

-Bermula kehidupan baru-

Tanggal 30 Januari 2005 aku tamatkan zaman bujang aku bersama jejaka pilihan keluarga aku iaitu Jejaka Pahang. Alhamdulillah, kehidupan aku dan suami semakin bahagia bila aku di dapati mengandungkan anak sulung kami.

Ada cerita disebalik aku mengandung nie...Masa aku mengandungkan anak yang sulung aku kena demam panas.Kemudian aku mengalami sakit pinggang yang teramat sangat. Waktu tu suami aku kerja kilang di Gebeng, Pelabuhan Kuantan. Terpaksa dia ambil cuti selama seminggu menjaga aku.

Sakit yang aku alami waktu tu agak kritikal.Hingga ke tahap aku langsung tak boleh duduk mahupun berdiri akibat rasa sakit yang teramat sangat di bahagian pinggang. Dua kali aku berjumpa dengan doktor,dan doktor sahkan aku mempunyai simptom masalah buah pinggang atas ujian air kencing yang aku alami.Dalam masa yang sama juga aku mengalami masalah pembuangan air kecil. Kata doktor kemungkinan juga aku menghidap fibroid.Iaitu satu ketumbuhan pada rahim yang biasa di alami oleh kaum wanita.

Saat paling menyedihkan bila aku terpaksa memakai pampers dewasa yang dikhaskan untuk orang-orang tua.Suami aku lah yang menjaganya.Aku tak lalu makan,tak boleh tidur,duduk dan baring.Allah sahaja yang tahu rasa sakitnya yang aku alami waktu itu.Kata mak biarlah aku cuba berubat kampung dahulu. Sudah memang rezeki aku,atas bantuan seorang kawan..aku dikenalkan dengan seorang ustaz dari Kemaman bernama Ustaz Suhaimi.Dia seorang pengamal perubatan secara Islam. Menurut kata ustaz,terdapat gangguan sihir pada aku.Ada Hamba Allah yang tak puas hati dan dengki dengan aku yang menghantarnya.

Aku terdiam tak terkata.Nak percaya masalahnya benda-benda tu semua wujud dan tertulis dalam Al-Quran.Alhamdulillah dengan kuasa Allah,aku semakin pulih dari sehari ke sehari.Bukan dengan ustaz sahaja yang aku berubat,aku juga pergi berubat dengan seorang kenalan mak aku yang lebih dikenali sebagai Datuk. Datuk kata nasib baik aku tak pergi ke hospital jika tidak pihak hospital akan mengambil air tulang belakang atas sebab masalah buah pinggang.Datuk ni dulu seorang doktor pakar.Beliau berhenti kerja sebab beliau ada alternatif cara lain dalam bidang perubatan ini.So,far kebanyakkan ubat-ubatan Datuk ini dia buat sendiri yang tak ada campuran dadah dan bahan kimia.

Aku ambil beberapa jenis ubat dengan Datuk.Alhamdulillah dengan kuasa Allah,dalam masa 3 hari aku sudah semakin pulih dan mampu duduk,makan dan bersembang bersama ahli keluarga lain tanpa rasa sakit langsung.Aku berkali-kali bersyukur pada Allah kerana memberi aku peluang lagi untuk meneruskan hidup.Aku seolah-olah rasa seperti mati hidup semula masa tu..

Tiga bulan lepas kejadian yang menimpa aku malang tak berbau bila aku mengalami sedikit kemalangan.Salah orang yang langgar aku la.Masa tu aku dalam perjalanan nak ke tempat kerja.Aku suka keluar awal pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.Tempat yang biasa aku lalui adalah Datuk Keramat. Di kawasan itu biasanya pagi-pagi jalan ditukar kepada sehala.Adalah sorang pakcik ni mengantuk gamaknya,keluar simpang dari jalan seberang sebelah kanan tiba-tiba terus nak ke lorong kiri.Aku masa tu tengah laju tak dan nak brek apa lagi BANGGGGG!!!!! Aku jatuh tergolek la cam nangka busuk..Jauh juga aku jatuh...Blur aku kejap...kepala terhantuk atas jalan.Mujur helmet aku ikat kemas...kalau tidak....Nauzubillah....

Lambat baru aku dapat bangun.Kebetulan kat situ ada seorang nurse tengah tunggu bas bergegas membantu aku.Berat kepala tak boleh angkat..Separuh sedar la keadaan aku masa tu.Aku sedar-sedar terus aku tanyakan pakcik yang langgar aku tadi sebab aku risaukan anak yang dia bawa.Mujur tak apa-apa.Aku teruk sikit kena.Kaki aku terseliuh dan bengkak di buku lali..Baju aku koyak dan luka sikit di siku serta lengan..lutut darah...tapi aku maintain leh senyum lagi.Nak cover malu lagi sebab masa tu penuh orang kat situ...hehehe...Nurse tu bawa aku ke hospital bahagian kecemasan.

Sempat la aku tepon mak aku bagitau dan aku tepon kawan aku Hasni mintak tolong ambil motor aku.Dapat aku mc 2 hari masa tu.Aku dekat pejabat dikenali sebagai minah rempit.
heheh..Takat jatuh sikit gitu no hal la pada aku.Tapi mujur umur aku masih panjang lagi..
hahha...Yang tak bestnya bila aku sampai pejabat aku dapat surat untuk hadiri kursus BTN di Ulu Sepri ,Negeri Sembilan..Aduyai...kaki berdengkot lagi nih..nak extend rugi la beb..bukan senang nak dapat peluang pergi kursus tu.

Dengan keadaan aku yang tak seberapa sihat tu aku pergi juga kursus tu.Aku daftarkan diri dengan keadaan kaki aku yang berbalut baik punya dengan bandage.Terkejut juga urusetia tu tapi dia kata tak pek semangat aku yang pentingnya.Tapi hampeh sebab apa?Aku ditempatkan di Asrama A.Punyalah jauh.Udah ler kaki teman berbungkus..dibiornye teman duduk nun jauh di atas bukit tu...Katanya exercise kasi cepat baik kaki aku tu..hehe..aku mengiyakan je.Tapi dalam hati maunya aku bagi penyepak ke urusetia tu.hahahha...

Alhamdulillah kursus selama 2 minggu tu aku dapat tamatkan dengan jayanya.Tapi,tak berapa best sebab aku tak dapat nak join sangat aktiviti dia orang tu. Maklumlah jadi orang tak berapa sempurna ni kan? hahaha...

Balik dari kursus BTN,aku ditawarkan oleh Mr Looi Kam Seng untuk menyertai Co-group ibu pejabat untuk projek SPDK Upgrade bagi Module R&R. Katanya di nak beri peluang untuk aku menjelajah satu malaysia.Asyik terperap sahaja di pejabat penat jugakan?hehehe....Aku fikir inilah peluang aku yang terbaik.Aku terima tawaran selepas aku mohon keizinan suami aku terlebih dahulu.

Semasa aku dalam persediaan untuk jelajah ke Utara, waktu cuti sabtu tu merasa la aku duduk
di rumah.Biasanya payah aku dapat lepak kat umah.Maklum lah ,sibuk dengan show sana sini.Biasa time aku dapat rehat di rumah memang aku akan mengemas.Lepas aku mengemas,aku menelek diri aku di cermin.Dah lama tak buat keje gitu.Masa tu aku dapat rasa perubahan dalam diri aku.Aku tengok tubuh aku agak gempal dan perut aku semakin membuncit.Tiba-tiba perut aku rasa macam ada benda bergerak dan berguling jatuh.Terkejut tak terhingga aku.Aku terfikir takkan cacing kot..hehe...Lepas tu aku telefon ustaz yang pernah berubat aku dulu,aku tanyakan manalah tahukan kot-kot ada lagi yang nak menyihir aku.hehe..sebab aku rasa risau bila tengok keadaan perut aku begitu.

Ustaz tanya aku tak pergi check doktor ke?Aku katakan belum.Lagipun aku baru rasa pagi tu.Tiba-tiba dengan selamba ustaz tanya dah berapa lama aku tak datang haid.Eh! Pelik tul soalan ustaz ni? Aku hanya jawab dah lama sebab aku baru teringat yang aku memang dah lama tak datang period sebab aku terlalu sibuk dengan urusan di pejabat.

Ustaz beritahu kata dia check kata aku mengandung.dah 4 bulan. Hah! Terkejut kambing aku.Biar betulkan? Dah 4 bulan lak tu..Aku tak puas hati terus bersiap2 pergi ke farmasi beli alat uji kehamilan.sampei dua sekali aku beli.Sampai dirumah aku terus test.Maklumlah first time kan.Aku terkejut bila tengok tanda merah yang keluar pada alat tu.Ikut pada arahan kalau ada tanda dua baris merah maknanya aku mengandung.Sampai dua kali aku test.Sama juga yang aku dapat.Aku pun buat tak tahu terus aku simpan dalam almari.Hajat nak tanya mak.

Aku tengah lepak kat bawah tengok tv masa tu bila tiba-tiba mak aku panggil dan bertanyakan aku soalan aku mengandung ke? Aik? Aku terus teringat alat yang aku tinggalkan di atas almari solek di bilik mak.Mak tunjukkan aku alat tu.Aku terus tanyakan mak aku betul ke kalau tanda gitu aku mengandung? Mak aku terus ajak aku ke klinik untuk pemeriksaan.

Doktor sahkan aku mengandung.Siap kena marah lagi bila doktor scan tengok usia kandungan aku dah 4 bulan waktu tu dan aku tak tahu.Tak de pulak tanda2 macam yang orang mengandung alami.Aku masa tu ingatkan aku tak datang period kesan daripada yang aku sakit ari tu.Dah sibuk dengan kerja manalah aku ingat pasal tu kan?hehehe...

Aku tak terus maklumkan pada suami aku.Saja nak bagi suprise...hehehe..
Dua minggu selepas itu bermulalah penjelajahan aku di Utara tanah air.State pertama yang kami pergi adalah di Perak.Aku dijaga rapi oleh kawan-kawan bila depa dapat tau yang aku mengandung.Yang aku perasan masa aku mengandung aku kuat makan.Sebab tu badan aku naik mendadak.hahha....

Nak tau apa citer sepanjang aku di Utara tanah air tu nantikan bahagian ke 14 Siapa Aku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.