Jumaat, 24 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 11...

Tawaran Kerja...
Dalam pada aku sibuk dengan show dan kelas,aku dikejutkan dengan kedatangan surat daripada JPA.Sampai 3 surat sekali aku dapat.Sebelum aku masuk ASK lagi aku dah dapat tawaran kerja.Kena interview.Aku tak cerita pun lagi. Aku dapat interview selepas aku dapat lesen memandu.Macamana interview tak payah la aku ceritakan.Aku terkejut sangat2.Aku buka satu persatu surat yang aku dapat. Surat pertama - Aku dipanggil interview untuk jawatan Seni Muzik di RTM.Aku tolak.Surat kedua - Aku ditawarkan kerja sebagai Penolong Penerbit di RTM.Surat ketiga pula -Aku ditawarkan kerja sebagai Pembantu Teknik Ukur di JUPEM KL.
Aisey...sampai 2 la pulak tawaran kerja.Mulalah aku nie rambang mata.Dua2 aku minat.Tak tahu nak pilih yang mana. Sebelum tu aku melompat sukalah kan.bukan senang beb masa tu nak dapat kerja dengan kerajaan.Peluang datang bergolek ni takkan aku nak lepaskan. Masa tu aku terfikir,kalaulah badan aku nie boleh dibahagi duakan senang.Sukar untuk aku buat keputusan.Sebab kedua2nya amat penting untuk aku.

Mak suruh aku ambil kerja yang kena dengan bidang aku la,ukur.Tapi dalam masa yang sama aku juga berminat dalam bidang penerbitan nie.Hampir 2 minggu lamanya aku memikirkan jawapan yang bernas.Akhirnya aku membuat pilihan menerima tawaran kerja di JUPEM KL.Kebetulan,ramai kawan2 sekelas aku yang sama2 apply dapat.Lagipun dekat tempat kerja JUPEM KL tu di Jalan Semarak dengan rumah dan yang paling penting dekat dengan tempat belajar aku di Empire Towers,Ampang. Jadi tak perlulah aku nak terkejar2 nanti. Mujur aku ambil part time belajar,kalau tak mahu haru biru dibuatnya.

17hb September 2002,aku melapor diri di JUPEM KL.Berdebar juga nak masuk kerja.Iye la permulaan baru lagi dalam hidup aku. Aku sempoi ar lapor diri masa tu pakai baju kurung warna biru dan kasut..alamakkk kasut? hehehe..aku pakai kasut kungfu apek tu je.Dah mana ada duit lagi masa tu nak beli kasut lain.Baju pun pakai baju raya.Aku kan jarang pakai baju kurung.Pakai pun time pagi raya je.Pastu simpan wat harta.hehehe...Bukan ada orang perasan pun aku pakai kasut tu.Aku pergi keje naik motor.Motor Kriss aku.CBF 7696.Aku trade in motor lama yang aku beli sewaktu aku praktikal di Kedah.Aku ambil motor Kriss sebab masuk tu keluaran baru dari Modenass.

Tingkat 3 letaknya pejabat aku nanti.Satu bangunan dengan Wisma Tanah.Masa tu Ukur masih lagi bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selepas urusan lapor diri selesai,aku dan kawan2 baru aku seramai 4 orang disuruh mengadap Pengarah ukur.Waktu itu Pengarah Ukur JUPEM KL (CS) adalah Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud,K.M.N. Selepas sesi suaikenal,kami berjumpa pula dengan Timbalan Pengarah Ukur (OD), En Jasni bin Abdul Rahman.Kami di bahagi2kan tempat.Dua orang ditempatkan ke unit JUBL,seorang di Unit Strata,seorang lagi di Unit CPS manakala aku pula ditempatkan di Unit CDS. Aku diperkenalkan oleh OD dengan Pengarah Ukur CDS iaitu merangkap bos aku,Encik KamarulAzam bin Kamarul Bahrin.Aku di bawa bos aku ke unit di mana aku ditempatkan.

Aku tak de masalah sebab aku pernah praktikal di JUPEM Kedah.Sedikit sebanyak aku dah tahu tugas dan fungsi unit itu kepada jabatan.Aku diperkenalkan kepada Ketua Unit pada masa itu,En Ahmad Mohamad Zain.Kami berkongsi bilik dengan Unit Khidmat Sistem iaitu ahlinya adalah programmer jabatan, Puan Norsalnizah atau aku panggil dengan gelaran Kak Nor je.Seorang lagi pegawai dikenalkan yang aku lupa namanya merangkap anak buah aku la,juruteknik yang aku panggil En.Wan je.

Aku teringat yang aku ada seorang sahabat yang sama2 belajar dengan aku dulu di Poli dan merupakan jiran aku di asrama iaitu aku gelar Gobok.Nama timangan daa...So,far aku tak rasa lonelly la sebab aku ada kenalan.So apa2 pun aku dengan Gobok la.Aku alhamdulillah tak de masalah dalam bekerja mahupun bergaul.Aku berkawan dengan semua orang.Syukur aku diterima seadanya.Pada mulanya kerja akutaklah seteruk mana.That's why la dulu kakitangan JUPEM gelarkan Unit CDS nie Cawangan Duduk Saja.Sebab skop kerja yang CDS buat hanyalah Keyboard Entry dan juga Updating.Kakitangan pun tak ramai.Ada 4 orang je iaitu terdiri dari PPU,KUCDS,TA dan juga Technichian.

Alhamdulillah,aku berjaya mendapatkan status tetap dalam kerja aku.Exam dah lulus,Kursus Induksi Umum dan Khusus serta BTN juga aku dah pergi.Sekaligus melayakkan aku mendapat tempat terus di JUPEM sampai pencen.hehehe...Tapi kerja aku mulai sibuk bila datangnya projek baru iaitu SPDK.Aku kira jadi antara orang terpentinglah masa itu. Kelam kabut juga aku.Iyelah kakitangan tak ramai.Kuli hanya aku dan En.Wan.Tapi,kerja jena smart.Baik punya jadual aku susun.Pembahagian kerja amat penting.Itulah gunanya pengurusan masa dalam kerja. Dalam kesibukkan aku dalam kerja di pejabat,aku juga sibuk dengan kelas teater dan show aku. Bila tiba sabtu dan ahad aku akan ke Kuantan untuk menjalani latihan Wataniah pula.Mak tak boleh kata apa.Dah minat aku.hehehe..Aku aktif juga di pejabat.Kelab Sukan aku masuk sebagai ahli,Koperasi juga sebagai ahli,begitu juga Kelab Agama Islam aku jadi AJK. Kenangan manis aku di JUPEM KL adalah sewaktu kami terlibat dalam perarakan Hari Kemerdekaan.Aku masa tu tak jadi wakil Wataniah di Kuantan,tetapi aku memilih untuk mewakili Jupem dalam perarakan itu nanti.Kami diberi kelonggaran untuk sesi latihan berkawad.Aku tak kisah dah biasa.Ada juga kawan2 aku yang masuk pun semua asal dari budak2 wataniah juga.

Seronok join aktiviti macam nie.Dari tak ramai kawan,jadi ramai.Tapi budak2 nie ramai kenal aku dengan panggilan Anjang. Glamour sikit.Lama juga kami berlatih.Sebulan ada rasanya.Aku terlibat dengan perarakan ni pun tahun 2004.Dah nak masuk 3 tahun dah masa tu aku bekerja di JUPEM KL.Sekejap sangat rasanya.Umur aku pun makin meningkat.Tapi perangai still anak2 lagi.Tahun itu juga last aku dengan ASK.Tapi ada juga yang mana diaorang jemput untuk buat show aku dan Linda pergi.Sekadar membantu.

Selain perarakan aku ada juga ikut rombongan JUPEM anjuran Kelab Agama di pejabat ke Perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands dan Rumah Orang2 Tua di Ipoh.Berjalan saja aku.Selain itu,aku juga terpilih untuk menyertai Co-Group Jupem Ibu Pejabat buat tour di semua state JUPEM bagi Projek terbaru JUPEM iaitu RNR Module.Itu atas jasa Mr.Looi Kam Seng la beri kepercayaan dekat aku.Katanya kesian tengok aku asyik tunggang langgang duduk di pejabat buat kerja.Sesekali katanya kena release tension.Jalan lagi..heheh...Tapi ada yang aku tak cerita.Aku join co Group Jupem Ibu Pejabat sekejap je sebabnya aku ditukarkan ke JUPEM PAHANG atas permintaan aku sendiri.Nak tahu kenapa? Nanti akan aku ceritakan sebabnya..

Masa Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Dari kiri Anjang, Hasni,Siti Fatimah dan En.Zulkifli.



Masa Praktikal di JUPEM KEDAH .Time ni buat latihan kerjaluar.Dalam gambar En.Zainal dan NorIsfariza.



Hari Kualiti
JUPEM KL
Diberi penghargaan oleh Jabatan semasa sambutan Hari Kualiti dalam
Anugerah Pekerja Terpilih 2003.hehehe...Tq..kepada pihak atasan yang
percaya dan yakin setiap kerja yang saya lakukan.







































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.