Jumaat, 24 Julai 2009

Siapa Aku? - bahagian 8...

Berjalan2 kenal Pahang...


Gambar nie aku ambik masa aku pergi jalan2 ke Pekan,Pahang.Aku pergi berdua je ngan member serumah aku.Pergi naik bas je...Bas Rahmat Alam. Merata gak la berjalannya.Tempat yang aku pergi tu kira lokasi yang menempatkan perahu2 yang terkenal di Pahang.Perahu dari zaman dulu sampai la sekarang.Perahu yang biasa digunakan orang asli dan juga para nelayan.Setiap perahu yang ada disitu ada tercatat sejarahnya. Seronok jugalah.Berhadapan dengan bangunan itu adalah Muzium Pekan.Muzium itu merupakan Istana lama.

Dijadikan Muzium untuk tontonan orang awam cam aku ni.Muzium pun aku pergi juga.Tapi mereka tak benarkan ambil gambar.Masa aku duduk di perhentian bas,Pekan tu untuk pulang ke Kuantan,terserempak pulak dengan member wataniah aku.Kami kenal masa sambutan Hari Merdeka di Kuantan.Member aku tu study dekat IKM,Pekan.Dia pun saja keluar jalan2 beli barang keperluan.

Alang2 dah berjumpa tu apa lagi.Dibawanya pula aku dan kawan2 pergi makan.Nasi ayam terkenal yang ada di Pekan tu.Punyalah bagus member aku,habis semua kawan2 yang kenal aku di IKM tu dipanggilnya turun jumpa dengan aku.Meriahlah jadinya. Segan pun ada juga.mana tidaknya cuma aku berdua je ngan kawan aku yang perempuan masa tu.Aku tak kisah sangat sebab aku kenal dengan diaorang.Kesian kat member aku je la. Dari berdua last2 jadi 15 orang.Ramai tak ramainya kawan2 yang aku jumpa.hhehehe..Cuak sekejap member aku tu.Lepas tu,kami dihantar pula ke perhentian bas untuk pulang semual ke Kuantan.Aku berterima kasih pada kawan2 aku tu.Sekarang tak tahu ler mana mereka semua pergi.Ada juga seorang dua yang aku tahu dah berkeluarga.Alhamdulillah...

Pejam celik..pejam celik 3 tahun masa berlalu.Akhirnya aku grad juga.Macam tak caya je.Dalam tempoh berada dirantauan orang banyak pahit maung yang aku telan dan tempuh.Memang aku takkan lupakan sampai bila2.Dalam aku gembira masa nie,ada juga yang membuatkan aku tersentuh.Terasa ada kekurangannya.Masa konvokesyen waktu ni,ramai kawan2 aku datang ditemani keluarga masing2.Aku juga ditemani mak dan adik aku.Tapi apa yang buat aku sedih,arwah ayah tak sempat melihat kejayaan aku masa ni.Aku tahu inilah impian arwah.Nak tengok anaknya yang sorang nie berjaya.



Maklumlah dalam ramai2 adik beradik aku yang paling degil dan keras kepala.Dahlah begitu,malas pulak tu.Balik2 kerja dan minat aku bercamping dan memancing.Banyak kali arwah tegur pun aku buat endah tak endah.Tapi itulah kan..bila dah tak ada depan mata,masa tulah barulah terasa rindu akan kehilangannya.Tapi bila ada depan mata kita tak endah pun.


Masa aku semester dua,aku dah tak duduk di asrama.Aku menyewa di taman perumahan Semambu,Kuantan.Rumah tu cuma ada dua bilik.Aku duduk menyewa bersama 3 orang lagi kawan aku.2 orang yang sama course dengan aku manakala seorang lagi budak course pembinaan.Tetapi sama wataniah dengan aku.Hari tu hari Ahad.Aku final exam masa tu.Ada lagi 3 paper yang perlu aku habiskan.Tapi biasalah,3 hari sebelum aku tak de paper.So,jiran sebelah rumah aku ajak aku dan kawan2 serumah aku pergi berkelah di Air Terjun Panching.Saja la nak release tension.Kami pergi pun masa tu dah petang.Memang seronok.Aku enjoy.Tapi entah kenapa petang tu aku rasa lain sangat perasaan ni.Tiba2 masa aku duduk berteleku di atas batu di sekitar air terjun tu,aku bagai terdengar2 suara orang tengah membaca surah Yaasin.Aku fikir perasaan aku je.Tapi setiap kali aku pejam mata pasti aku terdengar suara2 itu.Hati aku mula rasa tak sedap.Tambahan pula masa itu,ayah aku baru sebulan menjalani pembedahan pintasan jantung .Kata doktor ayah aku ok.Sihat tak ada apa2 masalah.Aku perhatikan reaksi kawan2 aku.Nampak mereka cukup enjoy petang itu.Aku dah tak senang duduk.Teringat pada keluarga aku di KL.Balik petang tu,aku tergerak dah nak telefon keluarga aku,tapi entah kenapa aku menolak andaian2 buruk yang aku fikirkan tentang ayah.Aku bercadang nak pinjam telefon makcik sebelah,tapi ada tetamu pula masa tu.


Aku biarkan.Aku berdoa moga tiada apa yang buruk berlaku.Kira2 jam 6 pagi esoknya,aku terjaga dari tidur bila aku rasakan ada suara2 orang bercakap2 diluar.Aku nampak cahaya lampu suluh memasuki perkarangan rumah aku.Pantas aku bangun dari tempat perbaringan.Pantas pintu rumah sewa aku diketuk.Hati aku berdebar2 kuat.aku segera bangun.Ku capai tuala di tempat gantung baju dan ku sarung dikepala.Dari suara yang aku dengar tetamu yang tak diundang itu lelaki.


Saat aku buka lampu dan pintu ku lihat ada dua orang pegawai polis berpakaian seragam.Salam diberi.Aku menjawab dengan penuh debar.Aku terduduk di lantai saat aku mendapat berita dari pegawai polis mengatakan ayah aku dah meninggal petang semalam.Aku menangis semahu2nya.Rasa kesal bertimpa2 bila aku teringatkan petang itu aku berada di Panching.


Rakan2 serumah aku berusaha menenangkan aku.Aku bingkas bangun terus ke bilik air mandi.Aku bersiap2 ala kadar.Pagi2 begitu mana ada bas.Teksi pun tak tahu lagi ada atau tidak.Aku menahan perasaan supaya jangan menangis.Aku terus menerus menyalahkan diri aku.Kalau la aku telefon juga keluarga aku malam itu pasti lain jadinya.Mujur anak makcik jiran sebelah rumah aku sudi menghantar aku ke Terminal Makmur.Tiba di sana aku menaiki teksi untuk pulang ke KL.Sepanjang perjalanan tak putus2 aku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah.Aku berdoa moga aku sempat sampai untuk berjumpa arwah ayah buat kali terakhir.


Alhamdulillah,diizinkan Allah aku sampai tepat jam 9.30 pagi.Sampai di Pekeliling,aku ambil pula teksi untuk ke rumah.Tiba di rumah,tidak ada seorang pun yang ada.Aku berlari ke surau yang terletak di jalan 4.Aku berlari sekuat yang boleh supaya aku dapat juga berjumpa dengan arwah buat kali terakhir.


Dari jauh aku lihat sudah ramai orang di surau.Aku berlari ke belakang surau.Mak terkejut tengok aku sampai.Aku peluk mak.Kami sama2 menangis.Kata emak,jenazah ayah sedang dimandikan.Aku syukur kerana sempat juga aku berjumpa ayah buat kali terakhir.


Selesai mandi dan dikapankan,kami dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir.Tiba giliran, aku tahan perasaan supaya tidak menangis.Ku tatap wajah bersih ayah.Ayah tersenyum seolah gembira melihat aku.Aku lihat mata ayah tak tertutup rapat.Perlahan aku tutup mata ayah dengan tangan sambil aku berbisik mengatakan aku dah balik.Perlahan aku tunduk dan aku cium dahi dan pipi ayah yang dingin.Ayah seolah2 hidup aku rasakan.Kulihat mata ayah terpejam rapat.Mungkin ayah gembira aku pulang.Satu2nya anaknya yang jauh di rantauan.


Aku berlari ke belakang dan di situ aku melepaskan perasaan dengan menangis semahu2nya.Sesungguhnya aku tak merelakan pemergian ayah.Aku kesal dengan sikap sambil lewa aku.Aku kesal sebab aku tak sempat membalas segala pengorbanan ayah pada aku sejak aku dilahirkan hingga saat itu.Aku kesal sebab ayah tak sempat melihat aku berjaya.Aku juga kesal sebab saat-saat akhir aku tak ada di sisi ayah.Aku bertambah kesal sebab aku tidak sempat meminta ampun di atas segala2 dosa aku dari kecil sampai besar.Puas aku ditenangkan sedara mara yang ada.Aku tak turut serta menghantar jenazah ayah ke kubur.Tubuh aku rasa lemah sangat2.
Aku tak terdaya.Tambahan pula keadaan aku yang uzur tika itu tidak mengizinkan aku ke sana.


Aku berlari pulang ke rumah.Aku mandi sepuas-puasnya bagi menghilangkan rasa terkilan di hati.Aku berkurung dalam bilik.Malam itu,kenduri tahlil diadakan.Aku terkejut bila melihat rakan sekuliah aku datang,Ijah.Terima kasih Jah...Aku luahkan segala2nya pada Ijah.Aku bertekad untuk berhenti belajar.Hati aku tiada langsung untuk belajar.Aku bercadang untuk mencari kerja memandangkan mak aku suri rumah sepenuh masa.Biarlah aku berkorban untuk kakak dan adik2.Lagipun aku baru je bermula.Kalau aku belajar bagaimana aku mahu menampung segala perbelanjaan aku nanti.


Aku usulkan hal itu kepada emak.Mak tak terkata apa.Mungkin mak juga buntu.Maklum lah perkara baru terjadi.Mak serahkan keputusan pada aku.Ijah puas memujuk.Aku malas nak pulang.Lagipun ada 3 paper lagi perlu aku langsaikan.Tiba harinya,aku pulang juga ke Kuantan.Asalnya untuk mengambil semua barang2 aku yang tertinggal di sana.Aku tekad untuk berhenti.Tiba di Kuantan,rakan2 serumah aku memujuk supaya aku habiskan juga peperiksaan.Setelah di brainwash,aku ikut cadangan mereka.


Masa hari peperiksaan,fikiran aku kosong.Segala apa yang aku belajar tak dapat aku review dalam kepala.Zero.
Aku memandang kosong kertas soalan.Aku sekadar menjawab satu dua soalan sahaja.Selebihnya aku tinggalkan.Pensyarah2 aku dapat tahu juga kisah aku.Itu pun setelah rakan2 aku yang tahu bercerita.Aku dipanggil satu hari berjumpa dengan pensyarah2 kesayangan aku.Teruk juga aku di brainwash.Setelah keputusan dibuat,aku meneruskan juga pengajian aku sampai tamat tetapi dengan bersyarat.Nak tau ke apa syaratnya?Nanti aku cerita ok...
Kenangan bersama Suzy semasa Hari Merdeka di Padang MPK,Kuantan.























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.