Khamis, 7 Oktober 2010

Siapa Aku? - bahagian 18

sambungan kemuncak diri...

Lepas berakit aku sibuk pulak dengan kerja-kerja multimedia.Gambar kat sebelah ni salah satu dari berbelas poster yang aku kena buat.Ini semua penangan idea dari pengarah aku la masa tu,Dato' Mohd Noor.Beliau ni kreatif orangnya.Macam-macam idea yang beliau ada untuk naikkan nama Jupem Pahang.


Dalam masa yang sama menaikkan nama aku menjadi orang terpenting kat Jupem Pahang pada waktu itu.Siapa yang tak kenal dengan aku masa itu.Nak bangga diri kejap..aku adalah antara TA yang paling aktif dan berwibawa di Jupem Pahang..hehe...(masuk bakul angkat sendiri la aku..).


Ha...yang ni pulak gambar aku kat galeri ukur yang ada di Jupem Pahang.Ini juga merupakan idea mantan pengarah aku.Galeri ni di jaga oleh Puan Juzaila.

Ada jugalah hasil kerja aku selama di Jupem Pahang ni diabadikan di dalam galeri ini iaitu sajak-sajak yang aku cipta sempena Hari Kualiti.

Nak kata banyak tu tak la tapi ada la juga hasil sentuhan kerja tangan aku kat galeri ni.walaupun aku just saja suka-suka menyibuk tapi ada gak hasilnya kan...


Selain poster aku juga buat banner,backdrop dan bunting.Nanti aku load hasil keje aku..Nak citer banyak nanti kata aku riak plak..hahha..






Ini adalah sebahagian daripada aku punya keje la..ada lagi tapi tak leh nak upload coz ada masalah sedikit..Disamping tu aku akan masukkan juga sajak yang aku cipta untuk Hari Kualiti 2007.Sajak ni aku buat masa aku betul-betul dalam keadaan tenang.Dapat ilham ni masa aku dok lepak kat Pantai Teluk Cempedak,Kuantan.Tempat terbaik untuk aku dapatkan ilham menulis sajak ini.


MUAFAKAT BESTARI

Pertama kali ku dengar namamu
Bagaikan bergerak bibirku
Untuk bertanya apa ertinya


Pertama kali pandanganku jatuh ke wajahmu
Bagaikan terdengar resah diriku
Untuk bertanya ribuan rahsia
Yang tenggelam di dasarmu atau ratusan kisah
Yang mengalir ke muara


Telah kita siapkan rumah baru
Di atas tiang muafakat
Air,Pasir dan Simen
Dari tangan pelbagai bangsa
Negara yang tumbuh atas bumi toleransi


Telah kita siapkan rumah baru
Berwajah kebangsaan
Agar penghuni saling ramah
Rajin memberi dan menerima
Juadah kesejahteraan
Sampai akhir zaman

Persidangan membahaskan
Apa bukti kita jati?
Hidup muafakat berhemah tinggi
Akhlak mulia pakaian diri

Apa benar kita beradat?
Pantang pasukan tidak sepakat
Pantang urusan tidak seniat

Apa benar kita bertuah?
Hidup tidak melanggar sumpah
Mati tidak melanggar sunnah

Apa bukti kita terbilang?
Seluruh dunia nama dijulang
Sepanjang zaman jasa dikenang.


Maka, diatas tiang kemuafakatan
Kita bangunkan prasarana maklumat
Lebuhraya informasi dihujung jari
Melangkaunya di segenap pelusuk negeri
Tanpa lagi tercari-cari dan teraba-raba di dalam kegelapan.
Kita kini bangga menjadi warga Jupem
Suara Kita bergema di alam buana
Semua di atas kemuafakatan kita.


Di atas kemuafakatan kita
Lahir warga yang bestari
Cemerlang,gemilang dan terbilang
Di masa yang mendatang.


Bestarinya kita bukan pada nafsu tetapi pada akal
Bestarinya kita bukan pada emosi tetapi pada kesabaran
Bestarinya kita bukan pada keranjangan tetapi pada kedaulatan diri
Bestarinya kita bukan pada keegoan tetapi pada ketaatan agama
Dan bestarinya kita bukan pada nama tetapi pada maruah dan budaya bangsa.


Ketahuilah,
Muafakat membawa berkat
Muafakat perkasa semangat
Muafakat melahirkan kecemerlangan
Muafakat mewujudkan kegemilangan
Muafakat membina insan yang bestari dan terbilang
Di tahun wawasan yang bakal datang.



Di karang oleh: Olie Anjang 1127
Hari Kualiti 2007






















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang ulasan anda adalah untuk menambaikan blog ini:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.